NRC11,! YB. Adun Selising Gaul Simen Bersama Anak Muda Kampung Penaik

Posted on

whatsapp-image-2016-10-02-at-20-27-23

Bukit Abal: Penduduk Kampung Tenaik, Bukit Abal Pasir Puteh menghidupkan kembali amalan tradisi bergotong royong dikalangan masyarakat sekampung apabila ramai dikalangan mereka yang menyertai ‘Program Gotong royong Membina Gelanggang Sepak Takraw anjuran Najib Razak Club 11 Kelantan (NRC11).’

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi turut diserikan dengan kehadiran ADUN Selising Yang Berhormat Zulkifli Ali ADUN Selising, yang sama-sama bergotong royong membina gelanggang sepak takraw untuk kegunaan belia kampung tersebut.

whatsapp-image-2016-10-02-at-20-27-18

“YB. Zulkifli ketika ditemui berkata aktiviti-aktiviti seperti ini amatlah digalakkan kerana ianya bukan sahaja dapat menyediakan kemudahan kepada masyarakat setempat malahan dapat memupuk dan menjalinkan silaturahim yang lebih erat dikalangan penduduk sekampung.”

“YB. Zulkifli turut menyarankan agar lebih banyak aktivi-aktiviti seperti ini dianjurkan dan berharap lebih ramai penduduk setempat terutamanya dari kalangan belia. YB. Zulkifli, yang turut serta dalam gotong royong gaul simen bersama anak-anak muda dan penduduk Kampung tersebut.”

Program ini juga, mendekatkan anak-anak muda dan penduduk Kampung bersama pemimpin, di samping itu memberi peluang berinteraksi secara berterusan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

whatsapp-image-2016-10-02-at-20-27-20

Ini, jelasnya, menggambarkan perpaduan dan kerjasama semua penduduk kampung dalam mendukung aktiviti-aktiviti kampung di bawah kepimpinannya.

Menurutnya, secara tidak langsung ia menzahirkan konsep turun padang, di samping beramah mesra secara tidak formal dengan penduduk-penduduk kampung dan berpeluang untuk melihat sendiri kemajuan-kemajuan yang terdapat di kampung ini dan merancang perkara-perkara pembaikan yang boleh dibuat.

“Afiq Farhan, wakil dari NRC11 pula berkata, NRC11 sentiasa komited dalam mengadakan program-program bersama masyarakat terutamanya yang melibatkan aktiviti-aktiviti bergotong royong kerana ianya dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.”

— Kelantan News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s