Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama

Posted on

14572302_1308176872549757_9100287109009381282_n
YB Senator Datuk Abdullah Mat Yasim memberi ucapan dalam Himpunan Aman Desak Bubar Struktur AKSB.

Pasir Mas 03 Okt. 2016 – Himpunan aman bersama NGO Kelantan menstruktur semula AKSB dari segi pengurusan bekalan air di negeri Kelantan ini berjaya untuk menghasilkan Air Bersih kepada rakyat. Jika masih mengekalkan yang sedia ada, maka hasilnya seperti yang sedia ada. Kita nak tukar atau struktur semula pengurusan AKSB yang sedia ada.

Baca: [Video] Restorasi,! AKSB ‘Air Karat Sokmo Boh’

14567544_1231923416839804_8997971985323933679_o

“Himpunan ini telah diadakan pada hari Isnin 03 Okt. 2016 adalah hari pertama AKSB Pasir Mas berpindah ke pejabat baharu.”

“Dalam himpunan tersebut, urusetia Restorasi menyerahkan pulut kuning, dan sedikit jamuan untuk kakitangan AKSB serta mengadakan bacaan doa selamat sempena masuk pejabat baru untuk mereka. Hadiah sempena masuk pejabat baru untuk kakitangan AKSB turut disediakan.”

14560116_1231923353506477_6611242405999638965_o

Tema perhimpunan kali ini ialah ‘Rombakan yang cadangkan untuk menyelamatkan AKSB’. Kita tidak memusuhi kakitangan AKSB tetapi kita mahu rombakan dan menstruktur semula supaya bukan sahaja aspirasi rakyat tercapai tetapi AKSB juga akan menjadikan kebanggaan kita.

“Pada 28 Sept. 2016 lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri akan berusaha mencapai petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) setiap tiga tahun sekali. Ini bererti jika AKSB gagal capai KPI-nya, dalam masa 3 tahun AKSB boleh dibatalkan lesennya oleh SPAN.”

14589867_1231926586839487_2115756386147871670_o
YB Senator Datuk Abdullah Mat Yasim membawa pulut kuning untuk diserahkan kepada kakitangan AKSB Pasir Mas.

Jika ini berlaku, AKSB akan terpaksa ditutup dan staf semua hilang pekerjaan. Menurut SPAN dalam 3 taklimat kepada kita, tahun-tahun sebelum ini AKSB sentiasa gagal mencapai KPI-nya. Jadi tanpa perubahan dan penyusunan semula, kemungkinan risiko penutupan AKSB memang ada.

Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) adalah syarikat milik kerajaan negeri, jadi ia juga milik rakyat Kelantan. AKSB bermasalah dalam urus tadbir dan masalah ini memberi kesan terhadap perkhidmatan AKSB. Ini adalah tema perhimpunan kita pada hari Isnin ini.

“Pada 14 Sept lepas, kerajaan Persekutuan dan Kelantan memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.”

“Rakyat mengharapkan, kerajaan Persekutuan dan Kelantan dapat mencari titik persamaan dan jalan penyelesaian mengatasi masalah air di negeri Kelantan.”

14522699_1308176732549771_4331610545959738041_n

Perpindahan pejabat AKSB Pasir Mas, kami sebagai rakyat mengharapkan pihak pengurusan AKSB dapat mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah bersama.
— Kelantan News

Advertisements

2 thoughts on “Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama

    […] Baca: Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama […]

    Like

    […] Baca: Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s