Bersih 5,! PAS Tidak Akan Menyertai Demo Haram

Posted on

51475418025_950x600

KUALA LUMPUR: PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan.

Menurut Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan keputusan sama ada parti itu akan membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan itu masih belum dicapai.

Baca: Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan

Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan

Baca: Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh

Beliau turut berkata, PAS, mempunyai prinsip yang kukuh untuk menyokong doktrin Bersih yang asal namun parti Islam itu turut mengambil kira yang Bersih mempunyai objektif tersendiri yang tidak senada dengan PAS.

“Kami mempunyai kaedah-kaedah tersendiri untuk membentuk parti sebagai pembangkang yang efektif di bawah pucuk pimpinan PAS masa ini, dan ia adalah sejajar dengan budaya politik yang matang dan harmoni,” menurut agensi berita Sinar Harian yang memetik beliau sebagai berkata, hari ini.

Beliau tidak menafikan yang ada ahli-ahli parti yang akan menyertai perhimpunan atas inisiatif sendiri.

“Kami tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk membenarkan mereka menyertainya atau tidak,” tambahnya.

Beliau turut menafikan keengganan PAS untuk menyertai Bersih adalah atas sebab parti tersebut menyokong Barisan Nasional (BN).

Semalam, konvoi Bersih 5 dilancarkan secara serentak di seluruh negara.

Kemuncak Bersih 5 akan diadakan di ibu negara pada 19 Nov depan.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah turut disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
— Sinar Harian

Advertisements

One thought on “Bersih 5,! PAS Tidak Akan Menyertai Demo Haram

    […] Baca: Bersih 5,! PAS Tidak Akan Menyertai Demo Haram […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s