Bersih 5,! Selamatkan PKR, DAP Sabah Dahulu

Posted on

bersih_5

KETIKA pertubuhan haram BERSIH 5 giat berkonvoi dan berceramah di setiap negeri untuk memujuk rakyat menyertai himpunan di ibu kota pada 19 November ini, PKR dan DAP yang menjadi tulang belakang gerakan itu menerima perkhabaran buruk yang memalukan.

Kedudukan PKR dan DAP kini mula tempang dengan tindakan pemimpin kanan parti itu di Sabah meninggalkan parti secara beramai-ramai.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukim bersama setiausaha parti, Maijul Mahak, ADUN Moyog, Terrence Siambun dan Ketua Wanita negeri, Jolhair Matlani bersama 11 ketua cabang PKR yang lain, mengumumkan keluar parti semalam.

Mengekori jejak Lajim ialah beberapa pemimipin kanan DAP termasuk ADUN Likas, Wong Hong Jun dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Joan Goh, naibnya George Hiew serta beberapa ketua peringkat kawasan.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Sabah, Darell Leiking sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada parti pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ini.

Alasan Lajim,mereka hilang keyakinan kepada PKR di Semenanjung yang tidak berkemampuan lagi untuk mendapatkan sokongan rakyat Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Lebih ramai penyokong PKR dan DAP Sabah dijangka berbuat demikian, kata Lajim dengan nada menyakinkan. Beliau dijangka akan menubuhkan parti baharu di Negeri Bawah Bayu itu.

Parti pembangkang itu kemungkinan bergabung dengan parti yang bakal ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Shapie Apdal.

Khabar buruk daripada Sabah itu memberi tamparan yang cukup hebat kepada gerakan BERSIH 5 yang sebeum ini mendakwa pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara “kotor” sekalipun DAP dan PKR mampu menubuhkan kerajaan campuran pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang pada PRU 2008 dan 2013.

Tindakan pemimpin PKR dan DAP Sabah itu memperlihatkan parti pembangkang yang berpusat di Semananjung itu ‘tidak bersih’ cara pengurusan parti masing-masing dan pentadbiran di negeri yang dikuasainya.

Antara sebab ialah ketidak puasa hati pemimpin Sabah kerana PKR dan DAP ‘dimonopoli’ oleh pemimpin Semenanjung.

Namun Gerakan BERSIH 5 yang digerakkan oleh DAP, PKR dan PAN sengaja ‘membutakan mata’ dengan segala kepincangan yang berlaku dalam parti mereka yang bergabung di bawah Pakatan Harapan.

Parti-parti pembangkang di Semenajung dan Sabah dijangka terus bergelora menjelang PRU -14 terutama untuk mencari kata sepakat terutama pengagihan kerusi Parlimen.

Pertandingan tiga, empat dan lima penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang untuk melihat satu lawan satu dengan BN hanya tinggal harapan.

Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Dr, Mahathir juga mula “diragui” rakan dalam pakatan.

Pergolakan politik DAP dan PKR di Sabah itu tidak mungkin dapat diselamatkan lagi dan dijangka berlarutan sehingga PRU, sekaligus lagi menggelapkan harapan pembangkang untuk merampas Putrajaya.
— KLXpress

Advertisements

One thought on “Bersih 5,! Selamatkan PKR, DAP Sabah Dahulu

    […] Baca: Bersih 5,! Selamatkan PKR, DAP Sabah Dahulu […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s