Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar

Posted on

14448909_10154439226997906_5490131059370724299_n

ANASIR mana yang berselindung di sebalik perbuatan memalukan beberapa anak muda memakai seluar dalam bendera Malaysia di litar F1 Sepang semalam. Terkinja-kinja tanpa rasa bersalah dan lebih mengejutkan lagi, mereka yang seorang dua juga kelihatannya seperti orang asing, melakukan perbuatan bodoh itu tanpa sekelumitpun perasaan takut dengan pihak berkuasa.

Di mana kelibat pihak berkuasa ketika kumpulan anak muda ini tanpa berbaju dan sekadar berseluar dalam mempersendakan bendera negara mencabar tindakan diambil terhadap mereka? Ke mana hilangnya nilai moral dan adab mereka ini?

Yang dibimbangi dari tindak tanduk kumpulan anak muda ini kemungkinan mereka didalangi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mahu mencabar kerajaan. Fenomena ini seakan-akan menjadi ‘duri dalam daging’ dan satu “penyakit” senyap melanda negara.

Sama ada ramai yang tidak mahu ambil tahu atau merasakan fenomena ini masih lagi ‘taboo’ dalam kalangan masyarakat, hakikatnya fenomena ini semakin serius dan jika ia tidak dibendung dari akar umbi, penyakit ini mampu menjadi semakin parah.

Malah, kita khuatir sejak akhir-akhir ini pembangkang dan penyokong mereka sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang memalukan agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

Justeru, mereka yang berseluar dalam bendera Malaysia ini harus dikenakan tindakan tegas. Jangan bagi muka. Andai mereka ini rakyat asing, pastikan mereka juga tidak melepasi kaunter Imigresen di lapangan terbang antarabangsa negara untuk kembali ke negara asal.

Tahan mereka, hadapkan ke mahkamah negara dan sabitkan dengan hukuman yang berat. Penjarakan mereka ini seperti mana empat pelancong Barat yang dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan didenda oleh mahkamah pada 12 Jun tahun lalu kerana melakukan perbuatan lucah dan berbogel di Gunung Kinabalu.
— KLXpress

Advertisements

2 thoughts on “Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar

    […] Baca: Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar […]

    Like

    […] Baca: Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s