Keluar Parti,! Veteran Ingatkan UMNO Tidak Perlu Susui Kera Di Hutan

Posted on

mohamad-ezam-mohd-nor_umno

KUALA LUMPUR, 3 Okt – UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO.

Baca: Ezam Umum Keluar UMNO

Baca: Tindakan Ezam Meninggalkan UMNO Sememangnya Tepat Kerana UMNO Perlu Dibersihkan Dari Manusia Tiada Integriti Dan Hipokrit Seperti Beliau – Lokman Adam

Baca: Ezam Keluar UMNO,! Kenyataan Skuad Keadilan Pulau Pinang

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

“Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

“Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada anggota yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.

Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

“Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.

“Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik,” kata Mustapha.

Beliau berkata UMNO lebih selamat dengan keluarnya ‘golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti’, kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi.
— Bernama

Advertisements

One thought on “Keluar Parti,! Veteran Ingatkan UMNO Tidak Perlu Susui Kera Di Hutan

    […] Baca: Keluar Parti,! Veteran Ingatkan UMNO Tidak Perlu Susui Kera Di Hutan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s