Tragedi EIMARace,! Kertas Siasatan Ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan

Posted on

71474905092_kemalangangokart

KUANTAN: Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 hampir selesai dan dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu depan.

Baca: Rempuhan Go-Kart,! Bapa, Anak Maut

51474905434_kemalangangokart
ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman (gambar) pada tiga hari lepas. – fotoBERNAMA

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EIMARace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.

Keterangan itu termasuklah daripada pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemandu dan Persatuan Sukan Permotoran (MAM) yang mengendalikan aspek keselamatan litar perlumbaan, katanya.

“Kita juga telah menerima minit mesyuarat dan dokumen berkaitan daripada MAM. Semua akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada EIMARace 2016, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, yang menonton EIMARace 2016 maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart yang terbabas selepas bergesel dengan dua kenderaan lain.

Kemalangan pada 11.30 pagi 25 Sept di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, juga menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s