Tun Mahathir Kecewa Gagal Gulingkan Kerajaan – Rahman Dahlan

Posted on

51435917232_rahmandahlan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana hasrat beliau menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi telah gagal, menurut Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.

“Beliau marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya.

“Sebagai contoh, dua pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai pungutan suara terhadap Perdana Menteri, menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Tambah beliau, lebih menghairankan, apabila Dr Mahathir bercakap tentang demokrasi, ia seolah-olah bertentangan dengan apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.

“Baru-baru ini, beliau secara terbuka mengakui menjadi diktator ketika memegang tampuk kuasa – sesuatu yang sudah kita ketahui sebenarnya.

“Ia menjadi lebih ironi apabila sekutu baharu Dr Mahathir dalam barisan pembangkang, mempelajari mengenai demokrasi daripada beliau.

“Pemimpin utama pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Abdul Rahman turut mengaitkan beliau dengan Datuk Zaid Ibrahim, yang disifatkannya sebagai “seorang lagi sekutu baharu” Dr Mahathir.

“Zaid pernah menyifatkan pentadbiran Dr Mahathir sebagai `autoritarian’ dan demokrasi UMNO `mati’ di bawah pimpinannya, selain memusnahkan sistem perundangan serta kebebasan sistem kehakiman di Malaysia.

“Dengan semua itu sekalipun, Zaid kini meminta Dr Mahathir kembali memerintah,” katanya.

— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s