[Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta

Posted on

hentibalak

Kerajaan Kelantan mengarahkan aktiviti pembalakan di ‘Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang’ dihentikan sementara berkuat kuasa hari ini berikutan bantahan daripada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.

Baca: Pembalakan,! Polis Kelantan Siasat Kekecohan Antara Orang Asli Dan Pembalak

Baca: Pembalakan,! Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli Di Gua Musang

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim berkata sehubungan itu, semua operasi berkaitan pembalakan ditangguhkan sehingga semua isu yang timbul, dapat diselesaikan.

“Jabatan Perhutanan Kelantan sudah mengarahkan semua syarikat pembalakan di kawasan itu menghentikan kerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, sekumpulan lebih 200 Orang Asli dilaporkan membuat bantahan supaya aktiviti pembalakan itu dihentikan termasuk dengan membuat sekatan bagi menghalang pengeluaran balak dari kawasan berkenaan dan tindakan pembalak merobohkan sekatan itu telah mencetuskan kekecohan.

Penduduk Orang Asli berkenaan mendakwa kawasan antara ‘Pos Tohoi’ dan ‘Pos Simpor, Gua Musang’ itu adalah tanah nenek moyang mereka yang diceroboh pembalak manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja pembalakan.

Zahari berkata jabatannya akan mengeluarkan surat bagi rundingan bersabit kayu balak yang telah ditebang untuk diangkut keluar ke kilang supaya pembalak tidak mengalami kerugian.

Sekarang hanya ada dua lesen pembalak masih beroperasi melibatkan 30 hingga 40 pekerja, katanya.

Beliau berkata konsesi pembalakan berkenaan sudah bermula sejak 30 tahun lalu dan sekarang sudah memasuki perjanjian kali kedua.

“Dalam soal tanah adat pula, sebenarnya tidak wujud soal tanah adat untuk masyarakat tersebut di negeri ini dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sepatutnya bertanggungjawab berperanan dalam isu itu,” katanya.

Katanya, proses untuk mendapatkan tanah adat bagi masyarakat tersebut sepatutnya dikemukakan Jakoa.

Zahari berkata sebelum ini memang ada saranan daripada pihak Orang Asli agar HSK Gunung Camah dan HSK Balah di Gua Musang diwartakan sebagai tanah adat.

Beliau berkata di HSK Gunung Camah buat masa sekarang belum ada apa-apa aktiviti pembalakan dan Orang Asli memohon supaya ia diwartakan sebagai tanah adat.

“Sebelum ini memang tiada masalah dengan penduduk Orang Asli dan 19,720 hektar kawasan terbabit, sebahagiannya termasuk dalam konsesi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

“Apa yang berlaku sekarang ialah Orang Asli mahukan supaya kawasan itu diwartakan sebagai tanah adat milik mereka,” katanya.

Diminta mengulas perkara sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berkaitan kekecohan yang membabitkan kumpulan Orang Asli dan pembalak.

Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kerja pembalakan yang dijalankan menepati Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.
— Bicara News

Advertisements

4 thoughts on “[Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta […]

    Like

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta […]

    Like

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta […]

    Like

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s