Azmin Terus Berdiam Mengenai Pelbagai Skandal Di Selangor

Posted on

azminali

Daripada isu status tanah Paya Indah Wetlands hinggalah ke isu air di Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat membisukan diri hinggakan beliau disindir baru-baru ini kerana bersungguh-sungguh menyelesaikan isu penjual ‘Nasi Lemak Anak Dara’, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang disaman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak mempunyai lesen penjaja.

Sedangkan dalam isu masalah air yang dialami oleh penduduk Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling, seramai 1 juta pengguna terjejas namun beliau tidak menunjukkan keprihatinan yang sama seperti Nasi Lemak Anak Dara.

Hakikatnya penduduk menunggu Azmin turun padang untuk menyelesaikan krisis air berkenaan yang bermula pada 24 September lalu.

Lebih malang, hari ini, bekalan air di empat daerah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang sekali lagi terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih buat kali keempat pada pukul 10 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, penutupan itu dibuat berikutan sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih dikenal pasti menjadi punca pencemaran bau.

Berapa lama lagi penduduk harus berdepan dengan isu ini? Dulu pemimpin pembangkang meminta supaya parti lawan tidak mempolitikkannya namun berapa lama lagi penduduk mahu bersabar? Kali ini bukan sehari dua malah lebih 10 hari gangguan air berlaku disebabkan pencemaran terbabit.

Atas sebab itulah penduduk menuntut Azmin untuk turun padang, bukan sekadar turun menyelesaikan isu Nasi Lemak Dara semata-mata.

Jika beliau mempunyai kesempatan untuk melawat gadis di penjual nasi lemak berkenaan, sepatutnya beliau juga mempunyai masa untuk bertemu dengan rakyat.

Ramai yang melihat Azmin menunjukkan sikap di mana soal kebajikan rakyat tidak diberikan keutamaan sebaliknya beliau memilih untuk menyelesaikan isu lebih ringan hanya untuk meraih publisiti, apatah lagi kisah gadis itu sedang viral.

Bukan isu air sahaja, malah beberapa kontroversi dan skandal yang dilemparkan kepada beliau selama ini tidak berjawab.

Rakyat mahu tahu isu status tanah di Paya Indah WetLand yang sebelum ini diwartakan kawasan hijau tetapi ditukar kepada pembangunan, isu pembaziran melibatkan projek ubah suai gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.8 juta, kos pertukaran panel kubah dan jubin masjid negeri di Shah Alam melibatkan RM32.4 juta serta dakwaan pinjaman wang berjumlah RM500 juta yang diterima anak syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG), DEIG Land.
— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s