Dana Politik,! UMNO Setuju Cadangan Akta Kawal Dana Politik, Perlu Teliti – Annuar Musa

Posted on

annuar_musa_mara_02072015_tmikamal_ariffin_02

KUALA LUMPUR: Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan ‘tahap kesamarataan’ di arena politik negara.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu akan membantu mengawal dan menyelaras perbelanjaan politik bukan sahaja parti di bawah Barisan Nasional, malah semua parti politik yang ada.

“Di peringkat kita, UMNO mengalu-alukan tetapi tidak boleh terburu-buru kerana apa yang disebut oleh (Pengerusi JKNMPP) Datuk Paul Low Seng Kuan itu perkara yang akan dibawa kepada jemaah menteri.

“Setelah ia dipertimbang dan sekiranya perlu dikanunkan sebagai sebuah akta, ia akan dibawa ke Parlimen.

Barulah kita berada dalam satu ‘level playing field’, katanya selepas mempengerusikan mensyuarat bersama setiausaha penerangan UMNO negeri di sini hari ini.

Annuar menggesa parti pembangkang untuk sama-sama bersetuju bagi mengadakan undang-undang yang lebih telus mengenai perkara berkenaan.

Annuar, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata cadangan itu perlu dilihat secara objektif ke arah meningkatkan kematangan dan kelangsungan demokrasi berparliman yang diamalkan di Malaysia.

Jumaat lepas, JKNMPP menggariskan 32 cadangan termasuk memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik.

Dalam pada itu, UMNO membayangkan akan wujud satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Tiada yang mustahil dalam politik. Mana tahu tengok-tengok PAS akan bekerjasama dengan BN,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui parti yang baru ditubuhkannya kini bersama pembangkang, dan tidak mustahil bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan BN.

Annuar seterusnya menegaskan bahawa tidak seperti pakatan pembangkang, BN merupakan entiti politik yang stabil dari segi dasar dan asas kerjasama.

Beliau berkata UMNO akan membantu rakan sekutunya dalam BN untuk meningkatkan tahap sokongan dalam kalangan pengundi.

Menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau berkata bantahan di pihak UMNO akan dibuat dalam konteks undang-undang tanpa perlu melakukan sebarang demonstrasi.

Dalam pada itu, beliau berkata UMNO tiada sebarang kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang menentang cadangan penganjuran Bersih 5, dan ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti itu.
— Bernama

Advertisements

One thought on “Dana Politik,! UMNO Setuju Cadangan Akta Kawal Dana Politik, Perlu Teliti – Annuar Musa

    […] Baca: Dana Politik,! UMNO Setuju Cadangan Akta Kawal Dana Politik, Perlu Teliti – Annuar Musa […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s