Dialog Bajet 2017,! BKUM Ketengahkan Isu Kebajikan Rakyat, Suara Akar Umbi

Posted on

kk_01-1

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Dialog Bajet 2017 antara Biro Kebajikan UMNO Malaysia ( BKUM) bersama Kementerian Kewangan dianggap mencapai objektif setelah pelbagai pandangan dan input dapat dilontarkan kepada kerajaan dalam usaha memastikan suara akar umbi mendapat tumpuan sewajarnya.

Pengerusi Biro Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM ), Datuk Sahmsul Anuar Nasarah berkata dialog berkenaan berlangsung dalam suasana yang cukup baik dan pelbagai isu serta cadangan dilontarkan agar kerajaan memberi perhatian sebaik mungkin.

“Dalam dialog ini, BKUM menumpukan isu-isu yang melibatkan kebajikan rakyat. Semua pandangan diambil daripada akar umbi. Ini bermakna BKUM menyuarakan pandangan akar umbi dan dibawa ke pengetahuan pimpinan negara untuk diberikan pertimbangan.

“Kita faham dalam keadaan ekonomi yang mencabar pasti tidak mudah untuk kerajaan merangka Bajet 2017 namun kita percaya kerajaan akan tetap menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat terutama mereka yang miskin serta kurang berkemampuan dan semua pihak yang lain.

“Justeru itu, sebagai biro yang sentiasa membela isu dan kepentingan rakyat kita harap serta percaya kerajaan akan memberikan pertimbangan sewajarnya. Semua ini BKUM lakukan bagi melaksanakan fungsi BKUM yang tidak terhad hanya membantu ketika bencana tetapi lebih jauh daripada itu BKUM mesti membela dan berjuang soal kebajikan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Serentak itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana memberikan peluang kepada BKUM terlibat dalam Dialog Bajet 2017 dan berpeluang mengemukan pelbagai isu untuk diberikan pertimbangkan oleh kerajaan.

“BKUM turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan II yang hadir menjawab dan mendengar pelbagai isu semasa Dialog Baget 2017 bersama BKUM serta menerima Memorandum berkaitan cadangan untuk pertimbangaan kerajaan di Kementerian Kewangan hari ini.

“Dalam dialog ini BKUM diwakili oleh pelbagai peringkat kepimpinan parti di pusat, negeri dan juga bahagian bahagian. Ini untuk pastikan suara pelbagai peringkat dapat dibawa dalam dialog berkenaan yang berlangsung semalam,” ujarnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s