Helikopter Terhempas,! Hishammuddin Arah Panglima TUDM Siasat Nuri Darat Cemas Di Tawau

Posted on

img-20151012-wa0029

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat insiden helikopter Nuri miliknya terhempas semasa cuba mendarat cemas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah, hari ini.

Baca: [Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar

“Saya telah mengarahkan Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Roslan Saad sendiri pantau siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di Tawau.

“Timbalan saya (Datuk Seri Mohd) Johari Baharum dan PTU akan bersama (Menteri Belia dan Sukan Sabah) YB (Datuk) Tawfiq Abu Bakar Titingan (Ketua UMNO Bahagian Tawau) untuk meninjau kawasan kejadian dan berjumpa dengan pengurusan & murid-murid SMK Balung, Tawau,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Hishammuddin juga melahirkan rasa syukur kerana semua anak kapal dan penumpang helikopter berkenaan selamat.

Dalam kejadian pada 9.45 pagi tadi, seramai 14 anggota tentera cedera dan dibawa ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik TUDM terhempas semasa cuba mendarat cemas di atas bumbung sekolah itu.

Lima pelajar sekolah itu turut cedera.

Advertisements

One thought on “Helikopter Terhempas,! Hishammuddin Arah Panglima TUDM Siasat Nuri Darat Cemas Di Tawau

    […] Baca: Helikopter Terhempas,! Hishammuddin Arah Panglima TUDM Siasat Nuri Darat Cemas Di Tawau […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s