Jalur Gemilang,! Perlakuan Biadap, Penasihat Menteri Australia Antara Ditahan

Posted on

008282500_1475491186-f1_gp_malaysia

KUALA LUMPUR – Penasihat kepada seorang menteri kabinet Australia adalah salah seorang daripada sembilan warga Australia yang ditahan kerana memakai seluar dalam dengan corak bendera Malaysia bagi meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo dalam Grand Prix Malaysia di Sepang, Ahad lalu, dedah media tempatan Australia hari ini.

Baca: Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar

Apa yang dikesalkan adalah, kedudukan Jack Walker sebagai penasihat kepada menteri kabinet Australia Christopher Pyne sepatutnya menjadikan beliau seorang yang tahu nilai moral yang baik terutama apabila ianya melibatkan negara lain.

Jurucakap Pyne berkata perkara itu sedang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia hari ini.

“Sehingga kita mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai proses ia tidak bijak untuk mengulas lanjut,” Australian Associated Press memetik jurucakap itu sebagai berkata.

Polis Malaysia berkata, lelaki berkenaan mabuk ketika kejadian itu berlaku dan sedang disiasat kerana perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan tidak menghormati bendera Malaysia.

“Ini menunjukkan kekurangan rasa hormat kepada kami sebagai rakyat Malaysia, ini adalah tingkah laku bodoh daripada orang asing yang tidak memahami sensitiviti budaya dan rasa hormat,” kata Ketua Litar Antarabangsa Sepang Razlan Razali kepada New Straits Times.

“Ia juga memalukan negara mereka sendiri – ia memberi Australia nama yang buruk,” katanya, lapor dpa.

Australia menyediakan bantuan konsular kepada mereka. Anggota perbendaharaan Scott Morrison berkata tangkapan itu adalah satu peringatan bagi orang muda untuk menghormati undang-undang negara yang mereka lawati.

“Mereka ada alasan mereka, jadi anda perlu berbuat demikian,” katanya kepada stesen radio Australia 2GB hari ini.

Dalam pada itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa menteri Christopher Pyne perlu mendapatkan khidmat dari penasihat lain jika beliau mahu memastikan kesinambungan karier politik beliau.
— KLXpres

Advertisements

One thought on “Jalur Gemilang,! Perlakuan Biadap, Penasihat Menteri Australia Antara Ditahan

    […] Baca: Jalur Gemilang,! Perlakuan Biadap, Penasihat Menteri Australia Antara Ditahan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s