Jamal Serah Bukti Kepada Polis, Bersih Diresapi IS, DAESH

Posted on

jamal-daesh-is

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memfailkan laporan polis yang mendakwa mempunyai maklumat yang mengaitkan BERSIH dengan kumpulan pengganas IS.

Baca: Baju Merah,! Rakyat Berhimpun Di Pulau Pinang Desak Guan Eng Letak Jawatan

Baca: Bersih 5,! Konvoi Bersih 5 Bermula Serentak Di Enam Kawasan

Baca: Baju Merah,! Pelancaran Konvoi Bersih 5 Di Lumut Bertukar Kecoh

Baca: Bersih 5,! PAS Tidak Akan Menyertai Demo Haram

Baca: Bersih 5,! Selamatkan PKR, DAP Sabah Dahulu

Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah itu hadir di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama-sama hampir 50 penyokong baju merah yang berkumpul seawal jam 2 petang bagi menyerahkan 22 muka surat kepada polis bagi menyokong dakwaannya.

Beliau, dalam pada itu turut mendakwa salah seorang sumber maklumat yang diterimanya ialah daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

“Biar polis yang buat kenyataan. Dan sesetengah maklumat ini saya dapat daripada (Setiausaha Agung PKR) Rafizi.

“Lebih kurang 22 muka surat dalam dokumen ini hasil daripada sumber dalaman yang sahih. Perkara itu sangat membimbangkan dan sangat menakutkan kami. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas,” katanya ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau menegaskan, BERSIH 5 telah menggunakan khidmat konsultan dari Thailand dalam melakukan strategi menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik.

Katanya, pihaknya akan menentang habis-habisan niat jahat BERSIH 5 yang sanggup menggunakan kaedah keganasan dalam menumbangkan kerajaan.

“Kita bimbang kerana mereka merancang untuk melakukan hasutan dan menawan kawasan-kawasan strategik seperti di KLIA, KLA2 dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Dan yang lebih kita khuatir bagaimana IS dan DAESH boleh diresapi dalam perhimpunan BERSIH 5,” ujarnya.

Jamal turut menyeru agar rakyat tidak terlibat dengan BERSIH 5 bagi memelihara keamanan negara.

Ujarnya, pihak Gabungan NGO-NGO Malaysia menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
— Kitaikini.com

Advertisements

One thought on “Jamal Serah Bukti Kepada Polis, Bersih Diresapi IS, DAESH

    […] Baca: Jamal Serah Bukti Kepada Polis, Bersih Diresapi IS, DAESH […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s