Kerajaan Tidak Akan Kurangkan Emolumen Sektor Awam – Johari

Posted on

Johari Deputy Finance Minister
Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan tidak akan mengurangkan perbelanjaan mengurus dari segi emolumen sektor awam walaupun berlaku penurunan hasil, sebaliknya akan menumpukan kepada peningkatan produktiviti perkhidmatan awam, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata peningkatan produktiviti akan membantu mengurangkan emolumen kerajaan yang semakin meningkat seperti gaji dan imbuhan, serta pencen.

“Kita perlu memastikan peningkatan produktiviti bagi setiap penjawat awam, dan berharap bagi jangka masa panjang, seiring ekonomi yang berkembang, kita tidak akan menambah jumlah kakitangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di sesi Meja Bulat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Johari berkata kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan bertindan.

“Kita mendapati sejumlah kementerian melakukan perkara yang sama, contohnya, (program) pemacuan usahawan serta penyelidikan dan pembangunan.

“Kita perlu menggabungkan aspek seperti ini dan menelitinya secara lebih berkesan sekali gus setiap peruntukan yang dibelanjakan akan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dari segi perbelanjaan pembangunan, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada projek penting dan berteraskan rakyat, seperti sekolah dan hospital di kawasan luar bandar.

“Inilah bidang utama yang kita perlu memberi peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2017,” kata Johari.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan projek mega yang memberi manfaat jangka panjang untuk rakyat seperti projek Mass Rapid Transit, transit aliran ringan, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura serta Lebuhraya Pan-Borneo.

“Kita amat berharap, projek berkenaan yang kita usahakan akan merangsang ekonomi di samping memberi kesan gandaan kepada industri kecil dan sederhana,” kata Johari.

Sementara itu, sesi Meja Bulat bertema ‘Ekonomi Malaysia Hari Ini – Cabaran, Kelemahan dan Daya Tahan, serta Langkah Pemulihan’ selama sehari itu berperanan sebagai platform untuk perbincangan kalangan pemegang kepentingan mengenai isu dan perkembangan kepentingan paling utama kepada ekonomi Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s