[Video] Bersih 5 Bukan Untuk Rakyat Tetapi Alat Untuk Untungkan Politik Pembangkang – Annuar Musa

Posted on

tsam

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan perhimpunan Bersih 5 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Bersih, dibuat bukanlah kerana rakyat atau mahukan keadilan tetapi perhimpunan tersebut dibuat adalah untuk mencari jalan bagi membantu memberikan keuntungan politik kepada pihak pembangkang.

Fakta ini menurut beliau, tidak dapat dinafikan oleh NGO tersebut memandangkan pendirian dan himpunan-himpunan yang mereka adakan selama ini jelas ianya lebih cenderung kepada pihak pembangkang.

“Mereka tidak boleh nafikan hakikat itu. Siapa yang berani kata Bersih ini neutral?

“Jika kita tanya siapa-siapa pun, adakah Bersih ini neutral dan tidak bias kepada mana-mana parti, pasti jawapan mereka tidak kerana mereka tahu Bersih itu siapa”, katanya di sini, hàri ini.

Ini semua jelas beliau adalah taktik pembangkang dan NGO ini dijadikan sebagai alat kepada strategi-strategi parti pembangkang.

“Inilah permainan politik pembangkang yang kita semua sudah tahu. Rakyat juga tahu akan perkara ini.

“Jadi jika mereka mahu bersuara maka biarkanlah tetapi negara kita ada undang-undang. Undang-undang kita tidak mengecualikan sesiapa”, ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ketika menjawab persoalan pemberita berhubung dakwaan NGO Bersih bahawa perhimpunan mereka itu diganggu oleh peserta baju merah yang didakwa pembangkang diupah oleh UMNO selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-ketua Penerangan UMNO seluruh negara yang diadakan di PWTC di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Ketereh seterusnya membidas pihak yang mendakwa mengatakan gerakan baju merah itu diupah oleh UMNO untuk mengganggu perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di beberapa buah tempat di dalam negara.

“Mengapa pihak pembangkang mengandaikan gerakan baju merah ini diupah dan apakah peserta yang hadir dalam perhimpunan Bersih 5 itu tidak diupah?

“Pertama, saya nak jelaskan dari segi faktanya dulu. Soal baju merah ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT UMNO, tidak pernah dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa UMNO.

“Tetapi kita tidak boleh menghalang mana-mana individu yang mungkin ahli UMNO yang nak pakai baju merah untuk menyuarakan pandangan mereka dalam sebuah negara yang ada undang-undang”, katanya.

Justeru tegasnya kalau salah perbuatan mereka dari segi udang-undang, maka salahlah mereka dan kalau tidak, maka tidaklah.

“Tetapi nak menyatakan bahawa peserta baju merah itu ditaja atau diupah oleh UMNO, jawapannya tidak.

“Kalau UMNO nak buat kita akan pastikan ratus ribu yang hadir, bukan setakat tiga atau lima ribu orang sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam soal pelanggaran undang-undang yang berlaku dalam perhimpunan tersebut, beliau berkata sesiapa saja yang bertindak agressif atau melanggar undang-undang, maka proses tindakan undang-undang boleh diambil tanpa mengira NGO atau parti mana yang mereka wakili.

“Saya nak jelaskan juga bahawa sikap agresif ini tidak melambangkang mana-mana parti yang diwakili sebaliknya ianya adalah tindakan individu.

“Sebab itu jika ada yang bertindak agresif atau melanggar undang-undang, maka kita perlulah merujuk kembali kepada undang-undang itu sendiri”, katanya.

Itu tegas beliau lagi adalah proses undang-undang dan ia boleh dijalankan kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

“Kalau nak bercerita tentang tindakan agresif, saya yakin semua orang tahu cerita seorang ahli parlimen pembangkang yang pernah bertindak mengigit telinga polis satu ketika dulu. Tetapi sikap ahli parlimen itu adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan parti yang diwakilinya. Bukanlah parti yang diwakilinya itu jenis parti yang makan telinga orang.

“Takkan saya nak panggil parti itu parti makan telinga orang hanya kerana seorang pembesarnya menggigit telinga polis. Itu perangai agresif individu dan tidak melambangkan pendirian parti yang diwakili oleh individu tersebut”, ujarnya.

Jadi jelas beliau begitu jugalah dengan yang lain-lain termasuk apa yang dikatakan terhadap UMNO hari ini.

“Kita mestilah bersikap adil dalam menilai dan janganlah bersikap prejudis,” katanya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s