[Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar

Posted on

61475553614_950x600

KUALA LUMPUR: Seramai 19 orang telah disahkan tercedera dalam kejadian helikopter Nuri terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau, Sabah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada lima orang pelajar sekolah dan 14 kru pesawat yang berada di dalam helikopter tersebut, termasuk juruterbangnya.

“Kesemua mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa pelajar lain juga dikatakan trauma.

“Sekarang, pihak hospital bersama dengan Jabatan Pertahanan Awam, bomba, Jabatan Penerbangan Awam, penyiasat dalaman tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengawal tempat kejadian dan akan menjalankan penyiasatan sepenuhnya,” katanya pada satu sidang media di Tawau.

Berikutan kejadian itu, menurut Fadil, SMK Balung diarahkan ditutup buat sementara waktu memandangkan seluruh sekolah itu merupakan tempat kejadian.

photo_2016-10-04_16-25-30

Video sidang media itu dimuat naik dalam laman Facebook PDRM.

Fadil berkata, antara mereka yang cedera, ada yang dalam keadaan parah, sambil menambah, juruterbang helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu merupakan mangsa terakhir dibawa keluar dari pesawat itu.

Beliau juga berkata, para pelajar sekolah itu telah digerakkan keluar dari kawasan sekolah yang kini merupakan kawasan larangan.
— Astro Awani

Advertisements

2 thoughts on “[Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar

    […] Baca: [Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar […]

    Like

    […] Baca: [Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s