[Video] Helikopter Terhempas,! SPM Di Lokasi Lain Jika Struktur Bangunan SMK Balung Tidak Selamat

Posted on

helibalung

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah akan dijalankan di lokasi lain sekiranya struktur bangunan sekolah berkenaan didapati tidak selamat diduduki susulan kejadian pendaratan cemas sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi Selasa.

Baca: [Video] Helikopter Terhempas Di Sekolah,! 19 Cedera Termasuk Juruterbang, Pelajar

Baca: Helikopter Terhempas,! Hishammuddin Arah Panglima TUDM Siasat Nuri Darat Cemas Di Tawau

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, ia bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah berkenaan terjamin.

“Sekolah akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kita akan mencari lokasi lain sekiranya bangunan itu tidak dapat digunakan.

“Sekiranya sekolah itu menjadi pusat peperiksaan dan kebiasaanya ia menjadi pusat peperiksaan, kita akan cari lokasi yang paling sesuai bagi menempatkan pelajar mengambil SPM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti India (MICC) di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden pendaratan cemas sebuah helikopter Nuri milik (TUDM) di sekolah itu yang turut menjejaskan Pusat Kemahiran Hidup sekolah dan menyebabkan beberapa pelajar cedera ringan.

SPM dijadual bermula dari 7 November hingga 6 Disember ini.

Kamalanathan berkata SMK Balung ditutup mulai hari ini sehingga siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.

Katanya ia bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dilakukan oleh pihak berkenaan.

“Kawasan sekolah itu akan dikawal dan menjadi tempat larangan serta merta.

Kita (Kementerian Pendidikan) akan ambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada nasihat yang kita terima daripada pihak-pihak berkenaan,” katanya.

Terdahulu ketika merasmikan MICC itu, beliau berkata penubuhan pusat berkenaan dilihat mampu membantu kerajaan menangani isu yang melanda rakyat seperti soal kebajikan, ketiadaan sijil lahir dan kad pengenalan biru.

“Di Gemas, kita Barisan Nasional (BN) telah pun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di sini dan dengan adanya MICC sebagai sebuah badan bukan kerajaan, ia mampu memberi nilai tambah kepada usaha yang dijalankan BN,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s