Apa Erti Sebuah Perjuangan?

Posted on

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Jika di lihat daripada sudut pengistilahan, perjuangan membawa maksud segala usaha atau sesuatu pengorbanan untuk mencapai sesuatu matlamat sama ada diri, masyarakat, agama dan negara. Nilai perjuangan ia bersifat hidup dan sentiasa bernadi.

Seseorang apabila ditiupkan roh kepada jasadnya, maka bermulalah ia mengharungi satu perjuangan sejak dalam rahim ibunya lagi dan kemudian perjuangan di alam dunia, kubur dan seterusny di akhirat kelak. ‘APAKAH KITA SUDAH CUKUP SEGALANYA, HASIL DARIPADA MEDAN PERJUANGAN KITA LALUI,’ tepuklah dada tanya lah selera.

Setiap diri kita adalah diberi pangkat sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka, setiap manusia seharusnya menjadi pejuang kepada setiap kehidupan. Seorang pejuang yang baik, ia mampu memberi impak kepada kesekelilingnya secara saksama. Misalnya kepada dirinya, keluarganya, masyarakatnya, agamanya dan tanahair nya. Jika kita hanya tertumpu kepada beberapa elemen sahaja, maka kita masih lagi kurang untuk ditafsirkan sebagai pejuang sebenar.

Jika kita katakan, kita adalah pejuang Islam sebenar. Bercakap tentang Islam ke sana sini, berdakwah ke sana ke mari, di masjid, pentas ceramah atau di kedai kopi. Sedangkan kita, pada masa yang sama mencarut dan mencaci, tidak di ikuti suruhan Nabi. Tambahan pula keluarga kita di rumah terlalai anak bini. ‘KITA BUKAN SEORANG PEJUANG YANG DIREDHAI DAN DIRAHMATI,’ hanya si pejuang menipu diri sendiri. Perjuangan yang hakiki adalah membawa erti kepada setiap kehidupan sekeliling diri.

“KITA BOLEH LAUNGKAN 1001 KALI PERJUANGAN. NAMUN KITA KENA SEMAK KEMBALI BERAPA HITUNGAN YANG TELAH KITA PERJUANGKAN, ADAKAH SEIMBANG ATAU LEBIH DI SANA KURANG DI SINI SETIAP PERKARA TENTANG PERJUANGAN.”

MOHD RIZDUAN IBRAHIM (Cikgu Wan)
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s