Jalur Gemilang,! Warga Australia Perlu Tanggung Sendiri Akibat Tindakan ‘Bodoh’

Posted on

menteri-luar-australiaa-seluar-dalam-klxpress

SYDNEY – Menteri Luar Australia hari ini mengingatkan sembilan rakyat Australia yang ditahan polis kerana menanggalkan pakaian ketika perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia, minggu lalu perlu tanggung sendiri akibat daripada “gurauan bodoh” mereka.

Baca: Jalur Gemilang,! Dijadikan Spender, Amat Biadap Dan Kurang Ajar

Baca: Jalur Gemilang,! Perlakuan Biadap, Penasihat Menteri Australia Antara Ditahan

Gambar dan video yang memaparkan sekumpulan penyokong minum minuman keras menggunakan kasut dengan hanya memakai seluar dalam memaparkan bendera Malaysia selepas perlumbaan, Ahad lalu mencetus kemarahan di media sosial dan kalangan media tempatan.

Tindakan itu dianggap sebagai tidak menghormati dan turut menarik perhatian di Australia yang mencetus debat mengenai tolak ansur negara itu mengenai kelakuan tidak senonoh rakyatnya di negara asing.

“Tiada sebarang alasan untuk mengatakan ia hanya tingkah laku rakyat Australia, ia hanyalah gurauan yang ramai menganggapnya sebagai perkara kecil di Australia, kamu perlu menghormati undang-undang negara yang kamu lawat,” kata Menteri Luar, Julie Bishop kepada stesyen Australia, Channel Nine.

Bishop berkata, kerajaan Australia menyediakan sokongan konsulat kepada kesemua yang terbabit dengan seorang daripadanya bekerja dengan Menteri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.

Sembilan lelaki itu ketika ini berada dalam tahanan reman sementara menunggu siasatan untuk perbuatan yang memalukan di tempat awam serta provokasi, lapor agensi berita, Bernama memetik polis tempatan.

Kumpulan itu meraikan kemenangan yang diraih pelumba Australia, Daniel Ricciardo yang merangkul kemenangan F1 pertamanya musim ini sambil meniru tradisi yang dilakukan oleh pelumba minum daripada kasut mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu kepada pemberita, semalam bahawa polis akan menyiasat sebelum mengesyorkan caj kepada Peguam Negara.

Pada Jun 2015, empat pelancong Barat didenda dan dihantar pulang dari Malaysia selepas bergambar bogel di puncak Gunung Kinabalu di Sabah sekali gus mencetus kemarahan penduduk tempatan yang menganggapnya sebagai suci.
— Reuters

Advertisements

One thought on “Jalur Gemilang,! Warga Australia Perlu Tanggung Sendiri Akibat Tindakan ‘Bodoh’

    […] Baca: Jalur Gemilang,! Warga Australia Perlu Tanggung Sendiri Akibat Tindakan ‘Bodoh’ […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s