Parti Mahathir,! Muhyiddin Tagih Kerusi Dari PAS Ditentang Keras

Posted on

pas-ppbmmmmm

KUALA LUMPUR – Cadangan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada PPBM untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu enggan disokong oleh pimpinan PAS, malah layak dilabel sebagai cadangan yang tidak waras.

Memetik kritikan yang dibuat oleh kepimpinan PAS mengenai cadangan tidak masuk akal tersebut, rata-rata berpendapat, peluang untuk sesebuah parti bertanding dalam pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan kerahan tenaga banyak jentera dan petugas.

Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.

“Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) ‘PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba’,” kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.

Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.

“Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!” doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.

Berucap julung kali di atas pentas PAS, Muhyiddin dalam ucapannya di Kemaman berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

“Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno. Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, PAS Terengganu menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan berhubung pemberian kerusi parti Islam itu kepada PPBM kata Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.

Beliau berkata, PAS negeri tidak mempunyai sebarang bidang kuasa menentukan pemberian kerusi kepada rakan pembangkang lain ditambah pula PPBM tidak mempunyai sebarang hubungan politik rasmi dengan mereka setakat ini.

“Kita belum ada sebarang hubungan dengan PPBM. Justeru, kita akan serah kepada PAS pusat untuk membuat keputusan (pemberian kerusi PAS),” katanya.

Sementara itu, mengikut beberapa pendapat yang lain, gaya pemikiran Muhyiddin ini jelas menunjukkan bahawa PPBM tidak mampu untuk bertahan lama apatah lagi dengan tanggapan bahawa DAP adalah kuasa atasan didalam pembangkang dan terlalu taksub dengan kuasa ini.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s