PRU14,! Zaid Gelar PAS Amal Konsep Kuasa Politik ‘Ala Taliban’

Posted on

zzaaaiiiddd

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggelar PAS sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep sebuah kuasa politik ala Taliban sekaligus mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan telahan negara akan menjadi lebih baik jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditumbangkan pada dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau dalam pada itu turut mengimbas kembali kepatuhan rakyat negeri Kelantan menyahut seruan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bangkit menentang Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1987.

“Saya telah mendengar mesej politik ini sebelum ini dan saya terkejut bahawa ia masih diperjuangkan dengan penuh semangat oleh golongan reformis,” katanya dalam ucapannya di sebuah ceramah politik.

“Sepanjang masa itu, adakah Kelantan menjalani transformasi politik dan sosial untuk bergerak maju ke arah demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Tidak.

“Adakah ia kini mengamalkan tadbir urus yang baik? Tidak.

“Adakah Tengku Razaleigh kini menjadi obor harapan kita? Tidak.

“Apa yang kita dapat sebaliknya adalah PAS, sebuah kuasa politik ala Taliban yang kini mahu membuat pindaan di Parlimen untuk kuasa tidak terhad diberikan kepada mahkamah Syariah, supaya membuka jalan bagi melaksanakan hudud,” katanya dalam ucapannya itu, yang dimuat naik dalam blognya.

Pada pilihan raya tahun 2008 dan 2013, Zaid berkata PAS sekali lagi membantu kempen pembangkang kerana mereka bersetuju untuk tidak bercakap seketika mengenai hudud.

“Tetapi warna sebenar mereka muncul akhirnya – mereka menolak kepimpinan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kemudiannya, mereka juga menuduh DAP menentang Islam dan berbahaya kepada orang Islam.

“Perjanjian itu terungkai dan tidak lagi dapat bertahan. Pada masa itu mereka berkongsi kuasa di Selangor, sehingga hari ini. Ramai dalam PKR masih mahu menerima PAS kerana mereka takut kehilangan kuasa jika meminggirkannya,” kata Zaid.

Enggan mendedahkan identity individu terbabit, Zaid berkata kini terdapat satu lagi calon yang mengintai jawatan perdana menteri, berjanji untuk membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu terhadap BN.

Pemimpin ini, katanya, akan berperanan sebagai pengantin untuk merundingkan agihan kerusi kerana PAS menolak untuk berkomunikasi dengan DAP dan PAN.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s