Rang Undang-Undang PKS Akan Bantu Tingkatkan Sumbangan Kepada Eksport, KDNK

Posted on

51454573477_iks

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dijangka dibentangkan pada persidangan Parlimen akhir tahun ini, dilihat akan membantu PKS mencapai sasaran untuk eksport dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kementerian yakin rang undang-undang itu akan membantu PKS meningkatkan sumbangannya kepada jumlah eksport, 23 peratus menjelang 2020 berbanding 17.6 peratus pada 2015.

Rang undang-undang itu juga dijangka membantu PKS mencapai sasaran sumbangannya kepada KDNK, iaitu 41 peratus menjelang 2020 berbanding 36.3 peratus pada 2015, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini hari ini.

DPMM mempunyai 10,000 ahli dan 15 cawangan di seluruh negara, kecuali Sarawak, sebuah organisasi yang bermatlamat menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

Ahmad berkata melalui rang undang-undang itu, dana khas untuk PKS diwujudkan, selain Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) ditubuhkan dan berfungsi untuk menggalakkan pembangunan PKS, meluluskan dasar umum dan menyelia penyelarasan dana.

“Terma pembayaran untuk sektor swasta kepada PKS dijangka dapat diseragamkan kepada 45 hari daripada purata 120 hari,” katanya.

Ahmad berkata sokongan terhadap rang undang-undang itu penting berikutan PKS merangkumi 97.3 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini, membabitkan 645,136 entiti perniagaan berdaftar.

“Daripada jumlah itu, 90 peratus terlibat dalam sektor perkhidmatan, pembuatan (5.9 peratus), pembinaan (3 peratus) dan pertanian (satu peratus).

“Daripada jumlah entiti perniagaan berdaftar, hanya 37 peratus perniagaan Bumiputera dan 88 daripadanya jenis perniagaan mikro,” katanya.

Katanya rang undang-undang itu kini di peringkat akhir rundingan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen oleh menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Disember.
— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s