Thukul Cetak,! Jawab Isu Buku ‘Manifesto Komunis’

Posted on

51475581923_manifestokomunisb

KUALA LUMPUR: Insiden rampasan buku Manifesto Komunis terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI) telah menimbulkan pelbagai reaksi umum dan pihak berkuasa.

Insiden itu sebenarnya kerana salah faham berpunca daripada ilustrasi logo Komunis pada kulit buku tersebut, sekali gus mengundang kehadiran pihak berkuasa Indonesia ke Pavilion Malaysia untuk merampas enam naskah buku berkenaan pada hari keempat pesta buku berlangsung.

81475586554_zfamir
ZF Zamir brkata tiada pihak ditahan dalam insiden itu dan pihaknya telah bekerjasama dengan polis republik itu.

ITBM, DBP dan PKB juga menjelaskan Manifesto Komunis diterima menyertai PBAI kerana kandungannya disahkan sendiri pihak berkuasa Indonesia bahawa ia tidak bertentangan undang-undang negara mereka.

Berikut adalah kenyataan rasmi Thukul Cetak berkaitan rampasan buku ‘Manifesto Komunis’ di Pameran Buku Antarabangsa Indonesia 2016:

Sehubungan dengan kes rampasan buku Manifesto Komunis di Indonesia International Bookfair (IIBF) 2016 pada Sabtu, 1 Oktober yang lalu di Jakarta, Thukul Cetak dengan ini ingin menjelaskan sedikit sebanyak mengenai insiden tersebut.

Pertama, tidak berlaku sitaan buku seperti yang ditulis di media sosial. Buku yang dibawa hanyalah untuk tujuan pameran. Pihak kami tidak menerima sebarang surat sitaan sepertimana sepatutnya proses sitaan dijalankan.

Kedua, tidak ada siapa yang ditahan kerana tidak ada surat tahanan diberikan kepada kami. Sepanjang krisis ini berlaku dari jam 1.30 petang sehingga kami bersurai pada jam 8.45 malam, kami hanya bekerjasama dengan pegawai polis dan dibawa ke pejabat polis bahagian ‘Orang Asing’. Tidak ada sebarang tuduhan dikenakan kepada kami, tidak berlaku interogasi individu dan berita yang menyatakan kami ditahan adalah salah sama sekali.

Ketiga, buku Manifesto Komunis yang dicetak adalah terjemahan kepada tulisan The Communist Manifesto oleh Karl Marx & Friedrich Engels pada 1848, iaitu 168 tahun yang lalu. Buku ini ialah kritik Marx/Engels kepada kapitalis serta kaitan sistem kapitalisme kepada masyarakat dan politik. Buku falsafah ini sebaris dengan buku terjemahan Thukul Cetak yang lain seperti karya Plato.

Di awal buku ini juga diselitkan Pengenalan Kritis, bicara awal untuk mengadili karya ini. Beberapa persoalan diutarakan untuk mengkritik karya Marx/Engels ini termasuk contoh pertumpahan darah di Kemboja ketika era Pol Pot serta beberapa persoalan yang lainnya.

Juga diselitkan di bahagian blurb, senarai korban Komunisme yang mencapai lebih dari 100 juta sejak buku ini diperkenalkan. Persoalan kepada buku ini ialah; apakah hanya melalui 1 ideologi boleh menyebabkan korban jiwa melebihi 100 juta?

Bahkan buku ini juga turut dipegang oleh Menteri Pendidikan Indonesia, Muhadjir Effendy ketika perasmian dijalankan di Pavilion Malaysia sebagai Tetamu Kehormat. Ini bahkan menimbulkan persoalan, adakah Bapak Menteri tidak sedar atau faham mengenai simbol ‘palu arit’ yang sensitif ini?

Bahkan buku ini telah berada selama 4 hari sebelum akhirnya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dengan ini kami selaku badan penerbitan independen ingin menegaskan bahawasanya;

i) Kami bukan Penerbit Sosialis. Buku terbitan kami merangkumi teori sosial dan politik liberal (kanan) sehingga teori kiri;

ii) Kami bukan dengan sengaja menimbulkan provokasi pada tanggal 30 September kerana kami sendiri tidak sedar mengenai peristiwa 30 September 1965 (G30S) seperti yang dituduh oleh portal yang tidak bertanggungjawab.

iii) Kami menafikan sekeras-kerasnya kami mempromosikan Komunisme kerana buku ini hanya satu dari 23 tajuk falsafah, politik dan genre lain yang dibawa oleh Thukul Cetak ke program ini.

iv) Kami juga menafikan buku ini memalukan Malaysia kerana Ketetapan Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara Republik Indonesia Nomor XXV/MPRS/1966 Tahun 1966 atau yang lebih dikenali dengan TAP MPRS No. 25/1966 atau Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 27 Tahun 1999 (UU No. 27/1999) yang melarang simbol ‘palu arit’ atau tukul dan sabit hanyalah sebuah ketetapan umum atau lebih mirip kepada garis panduan sahaja, bukan undang-undang atau Perlembagaan.

Buktinya, tidak ada tuduhan undang-undang dikenakan kepada kami selaku Penerbit oleh pihak berkuasa sama ada pihak Polis mahupun Imigresen.

Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham berkaitan logo ‘palu arit’ dan dihangatkan lagi oleh media tak bertanggungjawab yang dengan sengaja melaporkan perkara yang tak benar.

Bahkan Forum Penerbitan Indie Nusantara yang dijadualkan berlangsung esoknya juga dijalankan dengan jaya tanpa sebarang masalah.

Kami dengan ini mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap insiden salah faham ini dan mahu mengucapkan terima kasih kepada ITBM yang telah berfungsi sebagai pemudah cara sepanjang krisis ini berlangsung.

ZF Zamir,
Ketua Pegawai Eksekutif,
4 Oktober 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s