[Video] Akar Umbi UMNO Perlu Selami Survival Masyarakat Islam Luar Untuk Perjuangan – Annuar Musa

Posted on Updated on

Melawat Pusat Hafiz Quran Masjid Pujud Nong Chik

PATTANI, 6 Okt – Ahli-ahli UMNO khususnya di akar umbi perlu menyelami bagaimana survival masyarakat Islam di luar dalam memastikan kemajuan dan syiar agama tersebut terus diperjuangkan, lantas menangkis serangan yang mendakwa kononnya Malaysia tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Baca: Tan Sri Annuar Musa Melawat Pusat Hafiz Quran Masjid Pujud

Baca: Tan Sri Annuar Musa Bersama Pengelola Sekolah-Sekolah Pondok

Baca: Update [Video] Syukur Dan Ambil Iktibar Keterbatasan Masyarakat Pattani Di Thailand – Annuar Musa

Katanya, agenda perjuangan UMNO bukan hanya semata-mata sebagai parti politik tetapi juga termaktub dalam Perlembagaan parti berkaitan asas tujuannya ditubuhkan iaitu untuk menegak, mempertahan dan menyebarkan syiar Islam.

“Islam juga telah termaktub dalam Perlembagaan negara sebagai agama rasmi yang mana urusan agama diletakkan sebagai sebahagian daripada program kerajaan, kemudian dengan belanjawan yang dibentangkan di Parlimen telah mewujudkan agenda pendidikan Islam dalam kurikulum sekolah-sekolah secara langsung.

“Kegiatan-kegiatan agama yang lain sampailah ke peringkat urusan menyempurnakan Rukun Islam dan Rukun Iman pun semuanya terpancar dalam program yang dikendalikan oleh kerajaan hasil pimpinan daripada UMNO bersama Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian selepas beramah-mesra dengan anggota rombongan Lawatan Muhibbah kepada masyarakat Islam di Pattani.

Dalam hal ini, beliau membuat perbandingan antara nasib masyarakat Islam di wilayah berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia.

“Survival masyarakat Islam di negara jiran terdekat perlu diselami, dijadikan iktibar dan seterusnya boleh dikongsi bersama dengan rakyat di akar umbi lantaran kehidupan mereka yang terpaksa berikhtiar sendiri apabila negara tidak meletakkan agama Islam sebagai agenda dan tanggungjawab kerajaan.

“Namun begitu mereka melakukan dengan begitu komited dan mendapat penyertaan yang positif daripada masyarakat setempat. Inilah yang perlu kita jadikan contoh dan teladan seterusnya bersyukur dengan perjuangan UMNO selama ini,” ulasnya lagi.

Selaras dengan itu, beliau berasakan perlunya lawatan sedemikian bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli UMNO dan dalam masa yang sama menangkis serangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s