Bajet 2017,! Pendekatan Bersepadu Rangsang Pembangunan PKS

Posted on

bajet2017

SME Corporation Malaysia berharap Bajet 2017 akan memperkenalkan pendekatan yang lebih bersepadu dan tersusun untuk merangsang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.

Beliau berkata SME Corp sudah mengemukakan cadangan memohon Kementerian Kewangan melihat dasar, serta insentif cukai fiskal dan bukan fiskal, bagi mempercepatkan pertumbuhan PKS.

“Kami mengharapkan bajet mesra PKS, dan kami berharap mereka (kerajaan) akan mempertimbangkan permintaan kami memandangkan perniagaan kecil merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi dan enjin pertumbuhan masa depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar PKS Malaysia: Merentasi Sempadan pada Khamis.

Seminar setengah hari, anjuran bersama SME Corp, syarikat logistik UPS dan Majlis Perniagaan US-ASEAN itu bertujuan melengkapkan PKS dengan pengetahuan mengenai perjanjian perdagangan bebas yang dimeterai Malaysia, bagi memudahkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai serantau dan global.

Hafsah berkata walaupun PKS menyumbang secara signifikan kepada keluaran dalam negara kasar negara (36 peratus), sumbangan mereka kepada eksport negara hanya 17 peratus.

Bidang ini menawarkan peluang yang besar, memandangkan PKS tempatan sudah menggunakan teknologi secara meluas dalam menjalankan perniagaan, dengan 92 peratus daripada mereka sudah menggunakan teknologi berbanding hanya 9.0 peratus pada tahun 2010.

“Memandangkan landskap perniagaan yang berubah, SME Corp juga bekerja bersama-sama dengan pusat membeli-belah dalam talian, 11street, bagi melatih usahawan Internet dalam perniagaan dalam talian.

“PKS perlu ‘muncul’ dalam talian kerana ini menggalakkan pengantarabangsaan,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk J. Jayasiri, Naib Presiden Hal Ehwal Awam UPS Asia Pasifik Shiumei Lin dan Ketua Perwakilan Majlis Perniagaan ASEAN-US Ezani Mansor.
— Agendadaily

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s