[Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Bimbang Ada Pihak Gunakan Orang Asli

Posted on Updated on

datuk-mohd-amar-nik-abdullah

Kota Bharu: Kerajaan Negeri Kelantan mengingatkan semua pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), supaya tidak mengambil kesempatan terhadap Orang Asli dalam isu pembalakan di Hutan Simpan Balah, Gua Musang.

Baca: [Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang

Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta

Baca: [Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Sedia Bincang Dengan Orang Asli Isu Hutan Simpan Kekal Balah

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berharap mereka yang terbabit dalam isu berkenaan ikhlas membantu penduduk Orang Asli, bukannya untuk tujuan tertentu termasuk mendapatkan nama.

Pada masa sama, Mohd Amar tidak menolak kemungkinan ada pihak yang menghasut penduduk Orang Asli berhubung isu pembalakan itu sehingga menimbulkan ketegangan sekali gus memaksa projek itu dihentikan sementara waktu.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Jabatan Perhutanan Kelantan mengarahkan dua syarikat pembalak yang beroperasi di Hutan Simpan Balah, Gua Musang dihentikan sementara waktu, sehingga kemelut yang berlaku diselesaikan.

Baca: Pembalakan,! Polis Kelantan Siasat Kekecohan Antara Orang Asli Dan Pembalak

Baca: Pembalakan,! Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli Di Gua Musang

Pengarah Perhutanan, Zahari Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan selepas mempertimbangkan aspek keharmonian selain menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

whatsapp-image-2016-10-06-at-01-22-05

Mengulas lanjut, Mohd Amar yakin kemelut yang berlaku sejak Rabu minggu lalu itu sehingga menyebabkan 130 kakitangan pembalak terkandas dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Advertisements

One thought on “[Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Bimbang Ada Pihak Gunakan Orang Asli

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Bimbang Ada Pihak Gunakan Orang Asli […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s