[Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang

Posted on

whatsapp-image-2016-10-06-at-01-21-58

Gua Musang: Tiga individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini semalam, susulan kes sekatan yang dibuat Orang Asli bagi menghalang kerja pembalakan di Hutan Simpan Balah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, individu terbabit adalah aktivis yang juga peguam Siti Zabedah Kassim dan dua Orang Asli dikenali Mustafa Along serta Halim.

 

Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta

Baca: [Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Sedia Bincang Dengan Orang Asli Isu Hutan Simpan Kekal Balah

Katanya Semua mereka tampil memberi keterangan bermula kira-kira jam 5 petang semalam yang mana ketiga-tiganya adalah pengadu yang membuat laporan polis susulan insiden kekecohan di lokasi sekatan pada Rabu minggu lalu.

Berdasarkan keterangan mereka ini, kita akan memanggil beberapa lagi nama yang disebut termasuklah Orang Asli dikenali Maglo dan Salim yang mendakwa mereka ditangkap polis ketika insiden itu.

whatsapp-image-2016-10-06-at-01-22-10

Siasatan juga katanya akan mencari punca isu ini dan kita yakin semuanya akan dirungkaikan segera memandangkan watak utamanya sudah tampil memberi keterangan.

Beliau juga menafikan pihaknya bertindak kasar ketika insiden itu berlaku sebaliknya, sepasukan pegawai dan anggota sekadar menahan sementera orang tertentu untuk meredakan keadaan.

Baca: Pembalakan,! Polis Kelantan Siasat Kekecohan Antara Orang Asli Dan Pembalak

Baca: Pembalakan,! Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli Di Gua Musang

Rajab Ahad turut memberitahu, pihaknya ketika ini hanya melengkapkan siasatan dan memanggil semua individu berkaitan untuk keterangan sebelum diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya.

Beliau berkata, tindakan hanya akan diambil mengikut pandangan pakar perundangan dan atas arahan Ketua Polis Negeri Datuk Dr Ab Rahman Ismail.

Rabu minggu lalu, berlaku kekecohan di kawasan sekatan dibuat Orang Asli dekat laluan balak dari Pos Penad ke Tohoi apabila syarikat pembalakan berlesen dihalang membawa keluar hasil hutan dan menghantar makanan kepada pekerja mereka.

Kira-kira 200 penduduk Orang Asli turut berkeras menyekat laluan itu sepanjang masa sehingga pembalakan dihentikan, malah mereka membina 12 pondok di sekitar sekatan sebagai tempat berteduh.

Advertisements

2 thoughts on “[Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang […]

    Like

    […] Baca: [Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s