Kelantan Berpesta Gol Juarai Bola Sepak SOPMA Ke-19

Posted on

sopmakelantan

KUCHING – Kelantan berpesta gol apabila menjuarai bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-19 Sarawak selepas mengalahkan Selangor dengan jaringan 6-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang ini.

Kelantan yang mendahului separuh masa pertama dengan jaringan 2-0, menambah empat jaringan lagi pada separuh kedua.

Selangor yang cuba mengasak ternyata bukan tentangan Kelantan berjaya mengekang penyerang pasukan merah kuning.

Kelantan yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan dilihat lebih banyak mengasak dengan beberapa peluang terhidang di hadapan pintu gol Selangor.

Hujan yang turun pada pertengahan separuh masa kedua ternyata kelebihan kepada Kelantan untuk menambah jaringan dan seterusnya memenangi perlawanan ini.

Sementara itu, Sabah mendapat pingat gangsa selepas membelasah Pulau Pinang dengan jaringan 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi di Stadium C pagi tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan Sabah mendahului dengan jaringan 3-1.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s