Keluar Parti,! Ezam Yang Rosak, Atau UMNO Yang Rosak?

Posted on

ezam-2

Nampaknya, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sudah mula membuat kenyataan menyerang UMNO sama seperti beliau mula menyerang ketika bersama-sama bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Baca: Ezam Keluar UMNO,! Kenyataan Skuad Keadilan Pulau Pinang

Baca: Keluar Parti,! Veteran Ingatkan UMNO Tidak Perlu Susui Kera Di Hutan

Menurut beliau, UMNO sudah dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan dan katanya nilai kepimpinan UMNO sudah rosak.

Soalnya, siapakah rosak pada waktu ini adakah Mohamad Ezam atau UMNO kerana banyak pihak begitu menerima baik beliau keluar dari UMNO untuk membuka laluan UMNO bergerak dengan lebih laju ke hadapan.

UMNO ketika ini mempunyai sokongan lebih 3 juta ahli dan ketika Mohamad Ezam mengumumkan keluar dari UMNO Ahad lepas berapa ramai yang mengikut jejak langkah beliau turut sama keluar jika mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.

“Alhamdulillah respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang sudah rosak nilai kepimpinannya.

“Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu. Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tinggalkan Umno,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Kenyataan itu jelas menunjukkan adanya kemungkinan tindakan beliau keluar dari UMNO ialah untuk mula kembali menyokong Dr Mahathir sama seperti bekas majikannya Anwar yang kini mula berbaik-baik semula dengan Dr Mahathir.

Keitka ini apa yang dimaklumkan oleh Mohamad Ezam ialah beliau belum memikirkan dengan pasti hala tuju politiknya dan sebarang keputusan selepas ini adalah bergantung kepada reaksi dari para sahabatnya dan keluarga.

Beliau enggan mengulas sama ada beliau didatangi para pemimpin tertentu untuk membawanya kembali masuk ke dalam PKR.

Satu lagi kenyataan Mohamad Ezam yang dilihat memihak kepada Dr Mahathir ialah minatnya yang secara tiba-tiba mahu meneliti kes berkaitan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sama seperti Dr Mahathir yang membuat pelbagai tuduhan.

Baca: Ezam Umum Keluar UMNO

Baca: Tindakan Ezam Meninggalkan UMNO Sememangnya Tepat Kerana UMNO Perlu Dibersihkan Dari Manusia Tiada Integriti Dan Hipokrit Seperti Beliau – Lokman Adam

Menurut beliau, tindakan menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang akses ke atas Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan siasatan itu membuatkan banyak pihak marah.

“Saya memang menunggu laporan penuh PAC untuk perhalusi kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ini kes besar, kita harus dan berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Spekulasi dan andaian sudah tersebar luas bahawa langkah keluar dari UMNO ialah usaha Mohamad Ezam untuk menyelamatkan maruah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Anwar yang semakin merosot.
– Pru14.tv

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s