Rafizi Bawa Bekas Pembantu Kempen Obama Bantu PKR?

Posted on

andrewclaster6okt-670x457-555x290

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli khabarnya ada kakitangan baru yang juga bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Orang yang dimaksudkan ialah Andrew Claster dibawa masuk untuk bekerja di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Rafizi, Invoke untuk memperbaiki kaedah kempen pembangkang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Sebelum ini, Claster merupakan Timbalan Ketua Analisis Kempen Pemilihan Semula Obama pada 2012 dan kini merupakan seorang sukarelawan Invoke, dengan memberikan bantuan kepada NGO itu dengan program analisis data pengundi.

“Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya,” kata Claster dipetik portal Malaysiakini.

Wahhh.. pasti bukan murah dan mudah untuk mendapatkan bekas petugas kempen Obama untuk bekerja untuk NGO pembangkang dalam Pakatan Harapan.

Biarpun namanya sukarelawan, pasti ada bayaran saguhati dan elaun untuk menghargai tugas yang bakal dijalankan oleh Claster. Agaknya berapa banyak duit Rafizi digunakan untuk membayar gaji petugas ini?

Claster tampil memberikan penerangan dalam sesi taklimat berkenaan program untuk Pakatan Harapan di ibu negara malam tadi.

Data berkenaan akan digunakan untuk menyediakan mesej secara khusus untuk menyasarkan peralihan sokongan pengundi, dengan menangani keperluan dan kebimbangan mereka.

Kehadiran Claster di dalam pembangkang membuktikan mereka tidak boleh langsung untuk tidak bergantung harap kepada kuasa asing khususnya kepada Amerika Syarikat (AS). Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sentiasa memerlukan AS dalam usahanya untuk menang pada PRU14 nanti dan untuk menjadi Perdana Menteri.

Ada cerita mengatakan Invoke adalah tempat di mana ia beroperasi menggunakan dana sumbangan dari pihak asing yang juga menyokong gerakan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dana sebeginilah yang enggan didedahkan oleh pimpinan parti pembangkang bimbang sumber dana itu nanti akan menimbulkan kekecohan serta mendedahkan agenda tersembunyi mereka yang mahukan BN jatuh.

Oleh sebab itu juga, Akta dan undang-undang berkaitan dana politik begitu ditentang oleh mereka parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Dalam program penerangan Invoke itu, Ketua Pegawai Operasinya Shaun Kua berkata, pasukan Invoke akan menghantar sukarelawan dari pintu ke pintu rumah untuk mengumpul data yang diperlukan.

Sukarelawan itu, kata Shaun, adalah rakyat biasa Malaysia di mana pengundi mudah berinteraksi, berbanding dengan ahli politik.

Rafizi pula berkata, analisis data itu akan menyediakan kepada ahli politik wawasan baru mengenai apa yang pengundi sebenarnya mahu.

Ia dilakukan dengan menyesuaikan kempen lebih ke arah pengundi, dan “bukan apa yang anda fikir penting,” kata Rafizi.

Malah, katanya, beliau sendiri tidak tahu apa yang rakyat mahu sehingga dia mula bertanya kepada mereka.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata analisis data seumpama itu sepatutnya sangat berguna ketika pilihan raya umum 2013.

Saifuddin, yang ketika itu bersama Umno, kalah kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS.

“Apa yang saya tidak menjangka adalah gelombang pengundi muda dan pengundi kali pertama.

“Jika kita mempunyai analisis itu, kami akan mampu untuk membaca mood. Sebaliknya kita bergantung kepada data pilihan raya sebelumnya, yang bermakna kita lima tahun di belakang,” katanya.

Invoke mendapat perhatian apabila ia menawarkan insentif wang tunai kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai mengundi, melalui pertandingan slogan.
– Pru14.tv

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s