[Video] Aktiviti Pembalakan Sumber Hasil Kerajaan Negeri, Tidak Akan Dihentikan – MB Kelantan

Posted on

2c1d1046656edddd5b34d744b3e4e165_xl

GUA MUSANG, 6 Okt — Bantahan lebih 200 penduduk Orang Asli ke atas aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang adalah berpunca daripada salah faham dan boleh diselesaikan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata mereka perlu memahami bahawa aktiviti pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.

Baca: [Video] Pembalakan,! Tiga Individu Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Gua Musang

Baca: [Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Bimbang Ada Pihak Gunakan Orang Asli

“Lagi pun, segala aktiviti pembalakan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perhutanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai tindakan penduduk Orang Asli yang berhimpun dan membina sekatan di laluan keluar-masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini sejak 26 Sept lepas.

Baca: [Video] Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Sedia Bincang Dengan Orang Asli Isu Hutan Simpan Kekal Balah

Baca: [Video] Pembalakan,! Bantahan Orang Asli, Henti Kegiatan Balak Serta Merta

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di Hutan Kekal Simpan Balah yang berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan memupus hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Pada Isnin lepas kerajaan negeri mengarahkan syarikat pembalakan agar menangguhkan operasi berkaitan pembalakan di kawasan terbabit sehingga semua isu yang timbul dapat diselesaikan.

Baca: Pembalakan,! Polis Kelantan Siasat Kekecohan Antara Orang Asli Dan Pembalak

Baca: Pembalakan,! Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli Di Gua Musang

Ahmad berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.

Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.

Ditanya kemungkinan tindakan kumpulan Orang Asli terbabit adalah akibat hasutan pihak tertentu, Ahmad berkata perbuatan itu tidak harus berlaku kerana ia tidak memberi sebarang faedah.
— Bernama

Advertisements

One thought on “[Video] Aktiviti Pembalakan Sumber Hasil Kerajaan Negeri, Tidak Akan Dihentikan – MB Kelantan

    […] Baca: [Video] Aktiviti Pembalakan Sumber Hasil Kerajaan Negeri, Tidak Akan Dihentikan – MB Kelantan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s