Keluar Parti,! Walau Tiada Majoriti 2/3, Dunia Tidak Kiamat

Posted on

khaled_nordin_20140608_resize_620_412_100-555x290

BN Johor tidak melihat kehilangan majoriti mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu masalah.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata BN masih membentuk kerajaan yang kuat dan memiliki majoriti selesa untuk memerintah Johor, lapor Berita Harian.

Katanya, sesetengah kerajaan negeri juga memiliki majoriti bawah dua per tiga, tetapi berjalan tanpa masalah.

“Parlimen sudah lama hilang majoriti begitu juga Perdana Menteri, tetapi tiada pun dunia kiamat.

“Salah (kenyataan) Pengerusi Parti Amanah (PAN) itu, macam mana nak jadi ketua kerajaan kalau itu pun tidak faham.

“Kita (kerajaan negeri) tidak dalam keadaan lemah kerana kita ada majoriti yang besar, majoriti selesa dan bukan semata-mata nombor, apa yang penting kepada kita fokus dan laksana kerja dengan berkesan dan baik,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam sidang media selepas sebuah acara di Pasir Gudang hari ini, Khaled diminta mengulas pelantikan anggota DUN (ADUN) Jorak Datuk Dr Shahruddin Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Pelantikan itu sekali gus membuatkan Shahruddin gugur keanggotaan Umno dan menjadi wakil pembangkang dalam dewan negeri.

Mengulas perkembangan itu, Khaled bagaimanapun berkata, BN Johor menganggapnya sebagai realiti politik semasa dan tidak bermakna parti pemerintah menjadi lemah.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s