Sistem Kawalan Trafik Peranti Berhubung Cyberjaya Mengurangkan Kesesakan Trafik Sehingga 65 Peratus

Posted on Updated on

cyberjaya-smart-city-iot

Sistem kawalan trafik pintar menggunakan teknologi peranti berhubung (IoT) diumumkan Februari lalu.

Ia mula diuji sejak Julai dan telah berjaya mengurangkan trafik di Persiaran Multimedia sehingga 65% ketika waktu puncak.

Cyberjaya Smart Traffic Analytics and Recognition System (CSTARS) dibangunkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama VAD Lyfe ini menggunakan sepenuhnya teknologi buatan tempatan.

cyberjaya-iot-pintar-2

CSTARS menganalisa video dari CCTV di lapan persimpangan sepanjang Persiaran Multimedia.

Kesemuanya disambungkan di antara satu sama lain menggunakan teknologi peranti berhubung.

Ia kemudian mengubah tempoh waktu pertukaran lampu isyarat secara langsung mengikut kesesakan trafik.

Perjalanan yang dahulunya mengambil masa 35 minit berjaya dikurangkan ke sekitar 11 minit iaitu pengurangan sehingga 65 peratus.

Kelebihan lain sistem peranti berhubung ini ialah kerosakan lampu isyarat dapat dikesan dengan lebih pantas.

Kesesakan akibat kerosakan lampu turut dapat dikurangkan kerana sistem yang reaktif terhadap situasi semasa.

Pihak Cyberview Sdn Bhd kini merancang untuk mengembangkan penggunaan CSTARS ke Persiaran Apec pula namun masih belum boleh berkongsi bilakah ia akan dilaksanakan.

Sistem sedia ada masih boleh dinaiktaraf dan mengintegrasikan rangkaian CCCTV yang dipasang oleh pihak PDRM di Cyberjaya.

Secara teorinya proses menyaman kesalahan lalulintas dan pencegahan jenayah juga boleh dilakukan dengan lebih pintar di masa hadapan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s