[Video] Bersih 5,! Kumpulan Bersih Takut Dengan Lim Guan Eng

Posted on

lim-kit-famili-555x290

Mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tidak mengadakan perhimpunan menentang rasuah di Pulau Pinang ketika Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah, tanya Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Baca: BERSIH 5,! Tidak Anti Rasuah Lagi

“Mereka dakwa menentang rasuah tetapi apabila melancarkan konvoi pada 1 Oktober yang lalu, hanya sasarkan negeri-negeri yang bukan ditadbir Pakatan dan tidak termasuk Pulau Pinang tatkala ketua menteri DAP sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah.

“Jika anda menentang rasuah, mengapa tidak adakan (perhimpunan) di Pulau Pinang? Lebih baik tidak buat tetapi kerana anda benar-benar mahukan, mengapa tidak di Pulau Pinang?

bershit5

“Itulah soalan yang BERSIH harus jawab,” kata Tan dalam ucapannya semasa majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-45 di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka tidak perlu mengadakan perhimpunan jalanan sambil menambah tawaran untuk menyediakan stadium untuk perhimpunan itu masih terbuka.

Demonstrasi jalanan, jelas beliau, akan menjurus kepada huru-hara dan kesulitan orang ramai serta perniagaan di kawasan berkenaan.

“Mengenai demonstrasi jalanan, saya berasa Pemuda Gerakan harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

“Saya ingin menyatakan hari ini bahawa tawaran Pemuda Gerakan untuk menyediakan stadium yang masih terbuka. Tawaran kami masih terbuka kepada BERSIH dan Gerakan Baju Merah.

“Kami berharap mereka membuat pilihan yang tepat dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman tanpa menjejaskan keselamatan awam yang lain,” katanya.

— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s