Buat Apa Bersih-5?

Posted on

%3d%3futf-8%3fb%3fu2viyxjryw4gz2ftymfyig5pigrpc2vtdwegbwvkaxvtlibuzxjiywlrligxks5qcgc%3d%3f%3d-762361

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata BERSIH tidak sepatutnya membuat perhimpunan pada November ini sebaliknya mereka harus turun ke kampung-kampung membantu rakyat miskin.

Katanya, lebih ramai rakyat daif dan ketinggalan dari segi pendidikan yang harus diberi perhatian oleh ahli politik yang akan menyertai BERSIH 5 kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung selewat-lewatnya dua tahun lagi.

“Saya rasa sekarang tak perlu kita adakan perarakan jalanan. Masalah rakyat sekarang ini ialah masalah kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin.

“Kalau BERSIH datang gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung-kampung yang miskin dan gunakan kumpulan pakar supaya cari jalan untuk mereka dibangunkan supaya kemiskinan itu dapat dihindari, ia lebih baik.

“Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan BERSIH) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bual bicara Media Penyelesaian Transformasi Media Internet di Garden Residence Cyberjaya.

Perhimpunan BERSIH 5 akan berlangsung pada 19 November ini bertempat di ibu kota.

Kini kumpulan itu dalam siri jelajah di seluruh negara sebelum sampai ke kemuncak hari perhimpunan itu.

Namun Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa mendakwa BERSIH 5 kini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.

Katanya kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang daripada sumber yang boleh dipercayainya.

Jamal juga mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui cara pernah dilakukan di Thailand, iaitu dengan mengepung tempat-tempat penting dalam negara seperti lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Putrajaya.

Susulan dari itu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Jamal Md Yunos kerana mendakwa pertubuhan itu diresapi pengganas IS.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s