[Video] Bersih 5,! Perhimpunan BERSIH Sudah Tidak Lagi Relevan – Khalid Ibrahim

Posted on Updated on

19870984

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata himpunan jalanan BERSIH sudah tidak lagi relevan pada hari ini.

Baca: Bersih 5,! Layakkah Lim Guan Eng Sertai Bersih?

Menurutnya, apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.

“Sekarang tidak perlu lagi kita adakan perarakan jalanan kerana masalah rakyat ialah kemiskinan, jurang kaya dan miskin.

“Kalau Bersih dapat gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung miskin dan gunakan kumpulan pakar mereka untuk membantu dan menghindarkan kemiskinan lebih baik,” katanya kepada pemberita di Garden Residance Cyberjaya, semalam.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata pemimpin parti politik juga tidak perlu memfokuskan kepada isu himpunan jalanan sebaliknya mesti lebih berminat memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tidak lama lagi, kurang tempoh 2 tahun setengah, PRU akan diadakan. Jadi, jangan sibuk perkara itu tetapi perlu menunjukkan minat untuk memperjuangkan rakyat dan memberikan contoh bagaimana rakyat ditolong,” katanya.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berkata himpunan jalanan BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November depan.
— AIDC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s