DAP Musuh Islam, PAN Proksi DAP, InsyaAllah Akan Tumbang

Posted on

nik_abduh

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan seluruh umat Islam negara ini bahawa DAP adalah musuh agama Allah S.W.T.

Kata beliau, sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

“InsyaAllah, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat non muslim anjuran PAS menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, ujarnya, bukan Islam yang menolak usaha tersebut terkeliru berhubung perkara itu disebabkan maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima daripada DAP dan PAN.

Selain DAP dan PAN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.
— Bicara News

Advertisements

One thought on “DAP Musuh Islam, PAN Proksi DAP, InsyaAllah Akan Tumbang

    Aleman Juhari said:
    October 11, 2016 at 15:24

    Amanah bukan musuh Islam, Amanah memperjuangkan nasib rakyat yang telah ditinggalkan oleh pas. apalah makna sembang sana sini perjuangkan islam tapi berbaik-baik dengan orang korup yang semakin hari makin susahkan rakyat sampai sanggup mengatakan pemimpin tak boleh dijatuhkan walaupun jahat. orang akan fikir islam apakah ini sokong kezaliman.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s