Demi Syabu,! Kanak-kanak 12 Tahun Jadi Hamba Seks

Posted on

81472110760_womensilhoutte

ALOR SETAR: Mula berkenalan melalui aplikasi sembang WeChat, seorang murid perempuan berusia 12 tahun menjadi hamba seks kepada pemuda berusia 24 tahun.

Sebagai pemuas nafsu, kanak-kanak berkenaan akan diberikan syabu sebagai imbuhan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata aktiviti kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan sikap pada anaknya itu.

Kanak-kanak itu kemudian menceritakan apa yang terjadi selepas dipujuk ibunya.

”Ibunya telah membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakan baharu dan juga lama yang menunjukkan mangsa aktif melakukan seks.

”Suspek dipercayai memberikan syabu kepada kanak-kanak berkenaan. Bayangkan dia baru berumur 12 tahun dah pandai syabu; bayangkan 12 tahun sudah pandai seks,” kata Mohd Rozi dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.

Polis sudah mengenal pasti suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ujarnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375, Kanun Keseksaan kerana merogol.
— Astro Awani

Advertisements

One thought on “Demi Syabu,! Kanak-kanak 12 Tahun Jadi Hamba Seks

    […] Baca: Demi Syabu,! Kanak-kanak 12 Tahun Jadi Hamba Seks […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s