Pecah Lubang, ‘God Father’ Azmin Tun M Bukannya Anwar

Posted on

noh-omar-azmin-tun-m-anwar

10 OKT: ‘God Father’ kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebenarnya adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau berasa ‘geli hati’ ketika mendengar ucapan Azmin selaku Menteri Besar (MB) Selangor ketika beliau berkempen di Pagoh, Johor.

“Saya ketawa, rupanya selepas dia dilantik jadi Menteri Besar Selangor, dia jumpa Tun Mahathir, dia mengaku dalam ucapannya. Dia jumpa Tun M tanya macam mana nak urus negeri Selangor.

“Pecah tembelanglah, bermakna hubungan MB Selangor dengan Tun M bukan baru, sejak dia jadi MB. Dia tak tanya Anwar, dia tanya Tun M, dia yang mengaku, nampaklah politik sebenar MB, God Father dia Tun M,” kata Noh.

Menurut Noh di dalam ucapannya juga, Azmin turut mengaburi mata rakyat apabila mendakwa kerajaan negeri Selangor banyak duit.

Namun hakikatnya beliau sememangnya tidak tahu menggunakan wang tersebut dengan baik terutamanya kepada rakyat.

“Saya ketawa sunguh-sungguh dia punya temberang sampai ke Johor. Sejak jadi MB dia kata dia dapat kumpul RM4 bilion sampai dia tahu nak belanja macam mana.

“Dia MB yang buta ke pekak? Turun la tengok rumah PPR kos rendah, PKNS penduduk berapa punya sengsara. Jangan sibuk berkempen di negeri luar konon dia hebat. Kalau dia rasa dia tak tahu belanja maknanya dia hanya tahu kutip duit,” katanya.

Bagaimanapun jika dilihat, jika berlaku masalah air dan sampah sarap di Selangor, MB dan kerajaan negerinya mudah menuding jari kepada pihak lain.

Perihal ini kata Noh layak digelar sebagai kerajaan ‘bangau oh bangau’ dan budaya ‘ayam’.

“Kerajaan ‘bangau oh bangau’, bila ada masalah di negerinya dia akan cari salah orang lain, macam cerita ‘bangau oh bangau’.

“Budaya ayam pula bila bertelur sebiji riuh satu negara. Akhirnya rakyat Selangor yang menderita di bawah. Saya ketawa betul-betul bagaimana MB boleh beri ucapan sedemikian.

“Air percuma katanya, Tun M pun dapat air percuma. Apa guna air percuma kalau rakyat buka pili, air tiada? Bagi air percuma tapi air tak ada, cukuplah MB jadi bangau oh bangau. Banyak lagi janji ditabur tapi dia tak buat,” kata Noh.

— BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s