[Video] Gerakan Merah,! Polis Beri Layanan Bersih 5 Seperti Anak Emas, Merah V2 Seperti Anjing Kurap?

Posted on

2859_politik_gerakan-baju-merah-bersih-5-jamal-md-yunos-101

Saya menganggap keadaan yang berlaku semalam memperlihatkan pihak polis memberikan layanan istimewa yang luar biasa terhadap BERSIH 5.

Kumpulan BERSIH 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi di setiap konvoi BERSIH 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.

Walhal tindakan BERSIH 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya.

Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan MERAH V2 saya sifatkan seperti anjing kurap.

Pihak polis menyekat di setiap lokasi kami.

MERAH V2 ditahan hampir di setiap tempat dan kami diarahkan pihak polis menghentikan serta merta konvoi kami.

Malah seramai tiga penyokong MERAH V2 telah ditahan.

Layanan kami amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan BERSIH 5.

Padahal kumpulan BERSIH inilah yang selama ini menghasut rakyat dan menghina pihak polis di sepanjang kempen yang diadakan sejak sekian lama.

%3d%3futf-8%3fb%3fu2viyxjryw4gz2ftymfyig5pigrpc2vtdwegbwvkaxvtlibuzxjiywlrligxks5qcgc%3d%3f%3d-762361

Malah BERSIH sebelum inilah yang mencetuskan keganasan melampau sehingga menggugat keselamatan negara, menyerang pihak polis dan memecahkan kereta polis.

DATO’ JAMAL MD YUNOS
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia
Ahad, 9 Oktober 2016

Advertisements

One thought on “[Video] Gerakan Merah,! Polis Beri Layanan Bersih 5 Seperti Anak Emas, Merah V2 Seperti Anjing Kurap?

    […] Baca: [Video] Gerakan Merah,! Polis Beri Layanan Bersih 5 Seperti Anak Emas, Merah V2 Seperti Anjing Kura… […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s