[Video] Krisis Air Selangor,! Sejuta Rakyat Selangor Hanya Isu Biasa?

Posted on

azmin-ali-670x377

Didalam Parti PKR, rupanya nilai sebungkus nasi lemak kosong lebih berharga daripada penderitaaan sejuta penduduk Selangor yang kini sedang menghadapi krisis bekalan air yang kian meruncing. Jeritan makcik separuh umur masih lagi tidak mengamit hati MB Azmin Ali untuk membantu.

Baca: Update [Video] Tidak Usah Bermimpi, Pemilik “Nasi Lemak Anak Dara” Sudah Berpunya!

Kita bukan mempertikaikan tentang nasi lemak, akan tetapi kita sedang memerhatikan tindakan yang diambil seorang Menteri Besar yang mana lebih bermata “jantan” yang melihat bahawa permasalah seorang anak dara yang dikompaun sebanyak RM300 daripada MBSA itu adalah masalah yang lebih besar dari sebenarnya.

“Mata Jantan” seorang MB Selangor yang amat prihatin berkenaan dengan ketiadaan lessen berniaga oleh seorang anak dara bernama Siti Hajar, 24 tahun sehingga sanggup turun untuk memberi borang dan “membeli” nasi lemak “kosong” sebagai tanda prihatinnya.

Sejuta rakyat Selangor yang kini sedang berhadapan dengan masalah Air dari Syarikat Milik Azmin iaitu Air Selangor bukan masalah yang “kritikal”. Apa yang sedang dihadapi oleh rakyat Selangor merupakan “asam garam” dalam perjalanan kehidupan biasa sahaja.

Mungkin itu lah anggapan seorang MB Selangor sekarang. Jika tidak sudah pastinya kemelut air di Selangor sedang diuruskan sebaiknya setelah PKR memerintah hampir dua penggal. Berbagai alasan yang telah diberikan kepada rakyat berkaitan isu ini,

Banyak pihak telah dipersalahkan oleh kerajaan Selangor untuk menutup kelemahan pentadbiran yang penuh dengan pelbagai skandal yang tidak pernah ditanya oleh rakyat dan mungkin juga rakyat Selangor merasa ketiadaan air sekarang ini adalah satu “anugerah” yang mereka impikan selama ini.

Tindakan Azmin ini sekali gus menunjukkan, betapa kerajaan PKR akan terus membantu rakyatnya jika rakyat yang berstatus “anak dara” menghadapi masalah dan bukan mak janda, makcik atau nenek tua yang menghadpai masalah.

Dalam menceritakan pengalaman bertemu dengan MB Selangor ini rupanya ada cerita menarik disebaliknya. Cerita yang menunjukkan “keperihatinan” seorang MB Selangorr yang sedang cuba untuk “memancing” seorang anak dara dengan menggunakan “nasi lemak Kosong”.

Peniaga Nasi Lemak Anak Dara menceritakan pengalamannya ‘berlakon’ ketika dikunjungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke gerai jualannya, Jumaat lalu.

Siti Hajjar Ahmad, 24, berkata tokoh politik itu datang tidak kena pada masa di kala dirinya sibuk di dapur menyiapkan ratusan bungkus nasi lemak yang sudah ditempah.

“Tidak mahu turun [jumpa Azmin] sebenarnya sebab masa itu ada tempahan untuk masjid. Masa itu pun [saya] tidur sejam saja. Beliau datang sekejap tetapi tunggu yang lama.

“Mereka suruh datang ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebab menteri besar hendak turun sana. Saya kata tidak boleh, masa itu banyak tempahan. Masa itu lebih 300 bungkus.

“Masa itu memang duduk di dapur saja. Saya kata tidak boleh, sibuk. Mereka kata sekejap saja, menteri besar hendak jumpa,” katanya dalam satu wawancara.

Tambahnya, dia terpaksa menggayakan memberi Azmin bungkusan nasi lemak yang kosong.

Menteri besar berkunjung setelah muncul berita Hajjar mendapat kompaun RM300 daripada MBSA kerana berniaga tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu dilaporkan mengambil tindakan tidak lama selepas Nasi Lemak Anak Dara muncul sensasi di media sosial.
— PRU14.tv

Advertisements

One thought on “[Video] Krisis Air Selangor,! Sejuta Rakyat Selangor Hanya Isu Biasa?

    […] Baca: [Video] Krisis Air Selangor,! Sejuta Rakyat Selangor Hanya Isu Biasa? […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s