BN Tidak Puas Hati 30 Peratus Daripada Syor Persempadanan Semula SPR – Tengku Adnan

Posted on

tengku_adnan_tengku_mansor_pwtc_tmi_seth_08122015

PUTRAJAYA, 11 Okt – Tiga puluh peratus cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
tidak dipersetujui Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata antara faktor tidak puas hati itu adalah taburan pengundi yang terlalu berasaskan kaum, jarak persempadanan semula yang jauh serta Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Beliau memberikan contoh syor persempadanan semula di Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hari parti komponen BN apabila terdapat lebih 10 kawasan baharu yang dicadangkan diwakili kaum tertentu sahaja.

Katanya semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.

“Saya telah memberi pandangan dan nasihat yang perlu mereka ambil berhubung perkara ini,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu yang ditemui selepas merasmikan kios jualan makanan dan minuman di Presint 9, di sini hari ini.

Katanya beliau telah menulis surat kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengingatkan bahawa ibu pejabat UMNO atau BN tidak boleh mengambil tindakan membuat bantahan secara terus kepada SPR sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau melalui petisyen oleh 100 pengundi di kawasan terlibat.

Bagi negeri yang bukan di bawah pemerintahan BN, Tengku Adnan berkata beliau mengesyorkan pengerusi BN negeri mengumpulkan 100 orang dari setiap kawasan yang menolak cadangan persempadanan semula itu untuk mengemukakan petisyen bantahan kepada suruhanjaya tersebut.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga Jumaat ini (14 Okt) untuk mengemukakan bantahan masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s