Gagal Bayar Pampasan, Guan Eng Arah Tindakan Baru Pada Nasrudin

Posted on

lim-guan-eng-nasrudin-555x290

Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Pegawai khas undang-undang KM, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya setelah disaman Lim.

“Ini ialah arahan daripada mahkamah yang mulia untuk defendan membuat bayaran tersebut serta membuktikan bahawa memang defendan menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB KM dan menarik balik artikelnya.

“Kegagalan atau keengganan defendan untuk membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah,” kata Raja Syarafina.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

Nasrudin kemudian mempersoal mengapa Lim tidak dibidas sedangkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Sementara itu, Raja Syarafina berkata, akibat kelewatan memuktamadkan terma-termanya, perintah penghakiman kes itu hanya berjaya diekstrak dari pihak mahkamah pada 14 September lalu.

Penyampaian Perintah tersebut dilakukan oleh firma peguam yang mewakili Lim ke atas defendan menerusi pos berdaftar serta peguam defendan pada 19 September.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s