Krisis Air Selangor,! Azmin Buat Muka Tak Bersalah Ketika Ratusan Ribu Rakyat Selangor Tiada Air

Posted on

azmin-ali-4

TATKALA tatkala lebih seratus ribu rakyat Selangor berdepan krisis air yang cukup parah, tapi Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali masih boleh buat muka tak bersalah. Bukan sekali, tapi dua kali beliau dilihat ke mahkamah bagi mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca: [Video] Krisis Air Selangor,! Sejuta Rakyat Selangor Hanya Isu Biasa?

Bukan itu sahaja, beliau bahkan boleh berceramah politik sampai di luar kawasan walaupun di negerinya ada yang terpaksa tutup perniagaan, menyewa hotel dan mandi di masjid.

Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras, Jumaat lalu yang merupakan kali ketiga sejak bulan Oktober berikutan pencemaran bau telah memberi kesan kepada pendapatan peniaga terutama pengusaha dobi dan restoran. Tapi Azmin relaks-relaks sahaja.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Taman Cheras Perdana dan Taman Taming Jaya Balakong mendapati terdapat sebahagian peniaga terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menutup kedai mereka disebabkan ketiadaan bekalan air.

Pengusaha kedai dobi, Khairen Ghazali, 47, berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seharusnya bertindak secepat mungkin bagi menangani masalah gangguan bekalan air yang telah lama berlarutan.

Kata, masalah ketiadaan bekalan amat menjejaskan perniagaannya yang amat memerlukan air dan perkara itu seakan-akan ‘membunuh’ punca rezekinya.

“Kerajaan negeri seharusnya menunaikan janji ‘Kerajaan Berkebajikan’ yang selalu mereka laungkan selama ini dengan menyelesaikan masalah bekalan air kerana perkara ini bukan masalah baharu.

“Saya terpaksa menjalankan perniagaan hanya separuh hari disebabkan ketiadaan bekalan air, malah terpaksa menyelenggara penapis air dengan lebih kerap sekali gus menjejaskan pendapatan perniagaan,” katanya.

Sebanyak 299 kawasan di Kuala Lumpur dan dua buah daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air disebabkan penutupan LRA Langat dan Cheras, Jumaat lalu ekoran kejadian pencemaran bau.

Kawasan-kawasan berkenaan akan menerima bekalan air secara berjadual mengikut ketetapan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Sementara itu, pengusaha restoran di Bandar Tun Hussein Onn, Md. Fauzi Talib, 60, meluahkan rasa kecewa disebabkan gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu sehingga memaksanya menutup restoran berkenaan.

Katanya, masalah berkenaan bukan sahaja menjejaskan punca rezeki, bahkan pekerjanya turut merasai kesan ekoran kejadian tersebut jika restoran terpaksa ditutup.

“Saya membayar gaji pekerja secara harian, jika restoran ditutup disebabkan gangguan bekalan air seperti yang berlaku sejak Sabtu lalu, punca rezeki mereka (pekerja) juga terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Taming Jaya, Ibrahim Ismail, 64, berkata, ketiadaan bekalan air sememangnya menyukarkan kehidupan seharian penduduk.

“Kerajaan negeri seharusnya mendengar keluh kesah rakyat kerana isu berkaitan air ini bukan masalah baharu, sampai bila rakyat harus merana disebabkan gangguan bekalan air.

“Pihak bertanggungjawab seperti Syabas sepatutnya memberi notis sejak dari awal supaya penduduk dapat bersiap sedia, janganlah terus menutup bekalan air seperti yang berlaku sejak Jumaat lalu,” katanya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s