[Video] Program Jelajah Siri Kedua Tumpu Penerangan Isu Semasa Secara Terus Kepada Rakyat

Posted on

1680_nasional_annuar-musa-77866

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata program jelajah penerangan ini akan dilebarkan lagi skopnya meliputi penerangan isu-isu semasa secara terus kepada rakyat, setelah selesai fasa siri jelajah pertama yang memberikan fokus kepada ahli dan jentera-jentera UMNO di setiap bahagian yang dijangka berakhir pada awal November ini.

Menurut beliau, walaupun wujudnya media baru seperti facebook, whatsapp dan sebagainya, pendekatan bertemu ‘face to face’ dengan rakyat dalam menjelaskan isu-isu semasa ini dilihat amat penting, dalam usaha membersihkan segala persepsi negatif yang disebarkan pihak pembangkang yang kini bersarang di pemikiran sesetengah rakyat di negara ini.

“Walaupun ada media baru, tetapi bertemu rakyat secara langsung bagi saya amat mustahak dalam usaha kita untuk menjelaskan isu-isu semasa. Dan dalam program jelajah siri pusingan kedua ini saya harap akan lebih ramai pemimpin UMNO menyahut seruan ini dan terlibat untuk turun padang bertemu dengan rakyat dalam memperjelaskan isu-isu semasa.

“Biarpun pada siri jelajah pertama ini hanya tertumpu kepada ahli dan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, namun saya juga telah arahkan di mana-mana tempat yang kita rasakan sesuai, kita akan buka kepada rakyat di sekitar kawasan tersebut untuk hadir dan mendengar apa yang ingin kita perjelaskan.

“Dan saya yakin, dalam membicarakan soal bangsa kita tak perlu mengadakan pertemuan tertutup dan ianya mestilah satu pertemuan yang terbuka dan dihadiri oleh rakyat. Kita tidak perlu bersembunyi ataupun menjadi seperti sesetengah parti pergi ke satu tempat cakap lain, pergi ke tempat lain, lain pula nadanya.

“Kita akan pertahankan apa yang perlu kita pertahankan dan itulah yang akan kita sampaikan kepada rakyat nanti,” ujarnya dalam satu temuramah ekslusif UMNO-Online di bangunan MARA di sini hari ini.

Tambah beliau, program siri jelajah kedua ini juga akan melaksanakan program-program yang melibatkan rakyat seperti rapat umum, perhimpunan dan pertemuan rakyat tanpa mengira latar belakang dan tidak lagi terbatas hanya kepada ahli dan kepimpinan UMNO sahaja.

“Apa yang lebih penting hari ini ialah penjelasan kita kepada rakyat dalam memperbetulkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan. Parti boleh menjadi kuat dan kukuh tetapi yang menentukan siapa akan memerintah negara adalah rakyat.

“Justeru itu, Jabatan Penerangan UMNO Malaysia kini sedang mengatur siri jelajah penerangan yang kedua ini untuk kita bertemu dengan rakyat di seluruh Malaysia, yang saya lihat merupakan salah satu gerakan yang penting dalam usaha kita untuk memperjelaskan isu-isu semasa dan isu berbangkit agar rakyat mendapat maklumat secara terus daripada pemimpin UMNO dan kerajaan itu sendiri,” tegasnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s