Bersih 5.0,! Tanpa PAS Akan Gagal!

Posted on

11e52825-a331-4be8-af98-773e80914385-768x512

SETELAH beberapa ketika, pakatan pembangkang masih ga­gal untuk memujuk PAS untuk mengubah pendirian tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Bagi pembangkang, penyertaan PAS dalam Bersih 5.0 amat berharga dan penting kerana ia bakal menarik minat dan sokongan rakyat berbangsa Melayu untuk turun berdemonstrasi.

Sokongan rakyat berbangsa Melayu dan Islam adalah penting bagi mereka dan ia bakal menjadi kayu ukur kepada kekuatan, kejayaan dan persepsi baik terhadap demonstrasi yang masuk siri kelima kali ini.

Tanpa penyertaan dari rakyat berbangsa Melayu, sesuatu demonstrasi yang dicetuskan oleh pihak pembangkang tidak akan menemui kebanggaan bagi mereka. Malah, berkemungkinan bakal gagal begitu sahaja.

Begitulah peripentingnya kekuatan dan kehadiran para penyokong berbangsa Melayu dan Islam bagi sesebuah gerakan menggulingkan kerajaan.

Walaupun gerakan berkenaan dipelopori oleh DAP dan mereka yang berbangsa Cina kebanyakannya, namun sikap mudah terpedaya dengan hasutan telah membuatkan begitu ramai rakyat berbangsa Melayu dan Islam terpengaruh dengan perkara tidak betul.

Apabila mereka (pembangkang) masih tidak mampu mengubah pendirian PAS untuk menyertai Bersih 5.0, maka harapan mereka bagaikan ‘telur dihujung tanduk’. Dalam benak hati mereka masing-masing sekarang ini sudah mula timbul rasa risau mungkin bakal dicemuh sekali lagi kerana Bersih 5.0 akan gagal secara total.

ef29f3a0-fb3e-454a-a1cd-caf5cf555957-766x1024

Pendirian muktamad PAS se­perti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada pihak media sekali gus meranapkan harapan pakatan pembangkang (terutama DAP) untuk menunjukkan kepada ‘silent majority’ bahawa rakyat di negara ini semakin ramai membenci Kerajaan UMNO/Barisan Nasional sedia melalui demonstrasi berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada 2 Oktober lalu berkata, parti itu memutuskan tidak me­nyertai Bersih 5.0 yang dilihat mempunyai matlamat yang tidak selari dengan PAS.

Nasrudin menegaskan semula pendirian PAS tersebut sehari selepas Setiausaha Agung DAP yang belum di­sahkan jawatan, Lim Guan Eng se­olah-olah merayu kepada bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu untuk menyertai Bersih 5.0.

Pas sebelum ini enggan menyertai Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu lantas mengakibatkan jumlah peserta perhimpunan ber­kenaan dalam kalangan orang Melayu merosot dengan mendadak.

Ia bukan sahaja menyebabkan penyertaan Bersih 4.0 menurun, malah penganjurannya juga gagal serta memalukan pihak pembangkang.

Perkara ini cukup berbeza semasa penganjuran Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 di mana dapat di­lihat lebih ramai ‘muka Melayu’ yang rata-ratanya ahli atau penyokong PAS telah menyertai demonstrasi tersebut.

Kegagalan menarik penyer­taan PAS kali ini juga akan menyebabkan Bersih 5.0 yang sememangnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat menjadi satu perhimpunan ‘syok sendiri’.

Maka, tinggallah parti baharu ciptaan Dr Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu PPBM dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH pimpinan Mohamad Sabu untuk mewakili bangsa Melayu dan Islam dalam membantu usaha DAP ini.

Namun demikian, dunia mengetahui bahawa kedua-dua parti pembangkang bertunjangkan bangsa Melayu ini tidak akan sesekali mampu menandinggi PAS, apatah lagi untuk menyamai pencapaian UMNO dalam Barisan Nasional.
– Tv14

Advertisements

One thought on “Bersih 5.0,! Tanpa PAS Akan Gagal!

    […] Baca: Bersih 5.0,! Tanpa PAS Akan Gagal! […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s