Liwat 2,! Anwar Ibrahim Mohon Ketepi Sabitan, Penjara 5 Tahun

Posted on

Malaysians Head To The Polls For The General Election

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan mula bersidang untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mahkamah itu menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah serta dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan dibarisi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Anwar diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.

Mahkamah akan mendengar permohonan Anwar menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman itu mengikut Aturan 137, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Secara alternatif, bekas Ketua Pembangkang itu mahukan Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.

Ia disifatkan sebagai rayuan terakhir Anwar supaya dibebaskan daripada tuduhan terbabit selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.

Keputusan mahkamah yang memihak kepada Anwar hari ini, akan membebaskan beliau daripada sabitan dan hukuman sekali gus membersihkannya daripada rekod jenayah selain layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Jika sebaliknya, Anwar yang kini sudah menjalani hukuman penjara setahun lapan bulan di Penjara Sungai Buloh terpaksa menghabiskan kira-kira setahun empat bulan lagi (selepas ditolak satu pertiga daripada hukuman) hukuman penjara.

Pada 10 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s