Mahathir Pembawa ‘Virus’ Dalam Pemikiran Rakyat Malaysia

Posted on

MAHATHIR MOHAMAD_KL SUMMIT

MEMANG Dr Mahathir Mohamed seorang yang licik dan mudah mempengaruhi para pengikutnya tidak kira latar belakang tahap pendidikan mereka.

Mana tidaknya, tindakan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM mengutip tandatangan rakyat melalui ‘Deklarasi Mahathir’ dan bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk tujuan memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walhal, fakta yang sebenarnya adalah tiada peruntukan undang-undang negara yang membolehkan Majlis Raja-Raja (MRR) atau YDPA mengambil tindakan untuk memecat PM.

Ini bukan soal Najib Tun Razak, namun ini soal peruntukan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Tidak kiralah siapapun yang menjadi PM, undang-undang ini tetap terpakai. Waima jika benarlah anak Dr Mahathir sendiri menjadi PM, maka pada ketika itu YDPA atau MRR tetap tidak boleh memecatnya dari jawatan PM.

Menurut pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata, malah Yang di-Pertuan Agong juga tidak mempunyai kuasa untuk mengetepikan perdana menteri, apatah lagi perdana menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya.

“Tiada satu peruntukkan secara khusus yang menyatakan Agong boleh memecat PM… jadi saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan sedikit persepsi masyarakat tentang peranan Majlis Raja-Raja.

“Jangan anggap bahawa MRR merupakan satu institusi yang diberikan undang-undang untuk buat apa sahaja yang disarankan, tidak sedemikian, ia ada tatacara dan prosuder yang perlu dipatuhi,” katanya kepada pihak media baru-baru.

Maka tidak salahlah kita katakan bahawa para penyokong Dr Mahathir sebenarnya telah ditipu dan ‘dikencing’ oleh Ayahanda mereka sendiri tanpa mereka sedar.

Kenapa mereka jadi begitu? Bukan kerana mereka tidak pandai atau tidak tahu. Mustahil berlaku kerana dalam kalangan para penyokong Dr Mahathir ini ada juga yang bergelar pengamal undang-undang.

Ini terjadi kerana akal fikiran mereka telah tertutup rapi dengan sifat ketaksuban dan pemujaan melampau terhadap seorang lelaki yang mereka gelar Ayahanda iaitu Dr Mahathir Mohamed.

Dek kerana sifat taksub dan pemujaan melampau inilah menyebabkan para penyokongnya seperti ‘hilang kewarasan’ seketika untuk menilai yang mana hak dan yang mana batil.

Dr Mahathir jelas telah membawa ‘virus’ dalam pemikiran rakyat di negara ini.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s